Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Telur Bakar dengan Tomato Ceri dan Bayam

appetizer
breakfast & brunch
snack
western

Telur Bakar dengan Tomato Ceri dan Bayam

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Telur adalah salah satu bahan yang digunakan hampir setiap hari, dan resepi ini akan memulakan hari anda dengan nota yang ceria.

Sememangnya mudah untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat ini tanpa mengotorkan periuk dan kuali di dapur anda! Hidangan ini menyambutkan kombinasi warna yang menarik dengan pelbagai cita rasa yang enak. Kuning telur separa masak yang meleleh dan kemanisan tomato, bergabung dengan bayam yang lembut dan dimasak dengan sempurna. Hasilnya keseimbangan yang lazat dengan telur yang berkrim rasanya, keasidan dari tomato dan rasa semulajadi bayam.

Kami mengesyorkan telur QL Deli Fresh untuk resepi yang enak ini. Penuh dengan nutrisi dan rasa, telur QL Deli Fresh mengandungi kolestrol 40% lebih rendah berbanding dengan telur biasa. Selain itu, ianya juga sumber yang baik untuk protein berkualiti, selenium, vitamin D, B2, B6, B12 dan juga mineral seperti zink dan besi.

Masa penyediaan5 minit
Masa memasak15 minit
Membuat4 Ramekins bersaiz sederhana

Ingredients

100 g bayam
8tomato ceri (dipotong separuh)
150 g puri tomato
4 bijitelur QL D'Fresh
Secubit garam
Secubit lada

Method

  1. Panaskan ketuhar kepada 200 darjah C.
  2. Masukkan bayam ke dalam penapis, dan tuangkan secerek air didih ke atasnya untuk melayukannya. Perahkan air yang berlebihan dan bahagikan kepada 4 mangkuk ramekins bersaiz sederhana.
  3. Campurkan tomato dengan puri tomato, dan tambakkan garam dan lada secukup rasa. Sudukan ke atas bayam dalam mangkuk ramekins. Bentukkan lubang di bahagian tengah setiap mangkuk dan pecahkan masuk sebiji telur QL Deli Fresh.
  4. Bakar selama 12 – 15 minit atau terpulang kepada tahap masak telur yang anda ingini. Sajikan dengan kepingan roti French loaf hiris.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.