Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kuih Bingka Ambon

cake & pastries
malaysian
asian

Kuih Bingka Ambon

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Masa penyediaan2.5 jam
Masa memasak40 minit
Membuat1 keping besar

Ingredients

8 bijikuning telur QL Omega
150 g tepung ubi kayu
100 ml santan + 100 ml air kelapa
150 g gula
1/2 sudu tehgaram
1 sudu tehserbuk kunyit
1 sudu tehesen vanila
4 helaidaun limau purut, dihiris kasar
1 batangserai, ditumbuk ringan
1dulang rata atau 1 tin roti

Untuk Campuran Yis:

50 g tepung biasa
2 sudu besargula
120 ml air suam
2 sudu tehyis

Method

  1. Tambahkan tepung, gula, yis dan air suam. Gaul sebati, tutupkan penutup dan biarkannya rehat selama 15 minit.
  2. Tambahkan santan, air kelapa, daun limau purut dan serai. Masak sehingga ia mereneh.
  3. Tambahkan serbuk kunyit dan teruskan mereneh. Kacau secara berterusan dan reneh sehingga ianya pekat.
  4. Di dalam mesin pemukul, tambahkan kuning telur QL Omega, gula dan garam. Pukul hingga ianya gebu. Kemudian, tambahkan campuran yis.
  5. Campurkan masuk tepung ubi kayu, campuran kelapa kunyit dan esen vanila. Biarkan campuran rehat dan naik selama 2-2½ jam.
  6. Sapukan minyak pada tin roti dan panaskan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C selama 5 minit.
  7. Tuangkan campuran ke dalam tin roti yang panas. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C pada setting haba dari bawah sahaja. Bakar selama 30 minit atau sehingga buih berkurangan dan biar bukakan pintu ketuhar sedikit.
  8. Kemudian, tukarkan setting ketuhar kepada haba atas dan bawah, tutupkan pintu ketuhar dan bakar untuk 10 minit lagi.
  9. Biarkannya menyejuk sebelum mengeluarkannya dari dulang tin roti.

Petua QL Chef:

  • JANGAN gaul atau kacau campuran selepas menuangkannya ke dalam tin roti.
  • Kunyit boleh digantikan dengan perisa pandan mengikut cita rasa anda.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.