Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Ramen Bijan Pedas

mains
breakfast & brunch
asian
japanese

Ramen Bijan Pedas

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Rasa enak yang berlainan digabungkan dalam Ramen Bijan Pedas ini. Hidangan yang menyelerakan ini sesuai sebagai hidangan tengahari ataupun sarapan.

Tunggu apa lagi, cubalah resepi kami ini untuk dua orang!

Masa penyediaan10 minit
Masa memasak15 minit
Hidangan2

Ingredients

2 bijitelur QL Omega
⅛ sudu tehgaram
½ sudu tehserbuk bawang putih
220 g mee ramen – segar atau kering (dimasak mengikut arahan di atas pek)

Sos Dressing Bijan Pedas

4 sudu besarcampuran bijan putih dan hitam, dipanggang
4 sudu besarair
3 sudu besarkicap cair
2 sudu besarcuka beras
1 sudu tehhalia, diparut
2 sudu tehshichimi (lada cili Jepun)
2 sudu besarminyak bijan panggang

Topping

40 g timun Jepun, dihiris nipis memanjang
40 g kubis ungu, dihiris nipis
30 g jagung biji
6 bijitomato ceri, dibelah 4
60 g sweet pea, direbus dalam air panas
40 g lobak merah, dihiris nipis memanjang
4 ketulfilamen Ketam MUSHROOM, dihiris nipis
6 udang bersaiz sederhana, ditumis sehingga berwarna merah jambu dan masak
½ bijiavocado, dihiris nipis
Kanikko (snek ketam kecil Jepun)
Daun bawang, emping bonito dan rumpai laut sebagai perhiasan

Method

  1. Pukulkan 2 biji Telur QL Omega bersama garam dan serbuk bawang putih. Di dalam kuali bersaiz sederhana, tambahkan ¼ campuran telur dan sebarkan untuk mendapatkan telur goreng yang nipis seperti crepe.
  2. Bila tepi telur telah masak, terbalikkan crepe telur dan masak lagi selama beberapa saat. Keluarkan dan ulangi dengan baki campuran telur.
  3. Gulungkan crepe telur dan hiriskan kepada riben nipis, ketepikan.
  4. Tumbukkan bijan di dalam lesung batu sehingga menjadi pes. Tambahkan air, kicap cair, cuka beras, halia, shichimi dan minyak bijan. Sebatikan sos dressing.
  5. Susunkan ramen di dalam mangkuk salad dan tuangkan setengah sos dressing ke atasnya. Kemudian, susunkan topping ke atasnya. Akhirnya, tuangkan baki sos dressing dengan bahan perhiasan.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.