Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kek Batik

dessert
cake & pastries
malaysian

Kek Batik

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Kek Batik adalah kek yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia, dan dipercayai berasal dari Sarawak. Ia juga amat popular di negeri jirannya, Sabah. Kajian kami telah menunjukkan bahawa kek ini sememangnya dianggap wajib ada untuk kebanyakan keluarga di Sabah & Sarawak semasa meraikan Hari Raya.

Kek batik mendapat namanya dari corak seperti kain batik apabila dipotong. Kenapa kek ini begitu popular, selain daripada rasanya yang kaya, adalah kerana ia senang dibuat dan tidak perlu dibakar. Ia cuma perlu disejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam supaya ia tegar.

Hasilnya adalah kek batik yang kaya teksturnya dan penuh dengan rasa coklat, berserta dengan biskut Marie yang ringan dan kacang walnut untuk kerangupan tambahan.

Masa memasak20 minit
Masa menyejukkanlebih kurang 5 jam atau bermalaman
Membuat16 petak bergantung pada saiz

Ingredients

130 g biskut Marie (mana-mana jenama), dipecah suku
50 g kacang walnut (dipotong kasar)
100 g cip coklat gelap
30 g serbuk koko
50 g unsalted butter or margarine
100 g condensed milk
50 g caster sugar
2 bijitelur QL D'Fresh, dipukul ringan

Method

  1. Cairkan cip coklat, serbuk koko, mentega, susu pekat dan gula dalam periuk atas api rendah sederhana. Legi elok jika anda gunakan periuk berdasar berat supaya ia tidak mudah hangus.
  2. Kacau campuran coklat atas api rendah sederhana sehingga cair sepenuhnya dan sebati. Matikan api bila sedia.
  3. Masukkan telur dan kacau dengan pemukul dawai sehingga telur sebati dengan campuran coklat.
  4. Buka kembali api kepada rendah sederhana dan terus kacau campuran dengan pemukul dawai sehingga campuran kastard coklat memekat dan seperti pes. Matikan api dengan serta-merta untuk mengelakkan daripada campuran coklat hangus.
  5. Masukkan biskut Marie dan kacang walnut yang telah dipotong, ke dalam campuran kastard coklat dan kacau dengan sudu besar sehingga biskut dan kacang walnut diselaputi dengan serata.
  6. Isikan campuran tersebut ke dalam tin kek/roti yang kecil, yang telah dialas dengan kerajang aluminum. Pastikan tepi kerajang aluminium lebih tinggi daripada tepi tin kek supaya anda boleh menutup bahagian atas kek ini nanti bila selesai mengisi. Tutupkan bahagian atas kek dengan kerajang aluminium dan mampatkan dengan bahagian belakang sudu supaya ia padat.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman untuknya tegar. Selepas itu, potong kepada segi empat dan hidangkan dengan kopi.

Petua QL Kitchen:

  • Anda boleh menggunakan coklat memasak gelap untuk menggantikan cip coklat gelap, tetapi kami berasa bahawa cip coklat lebih mudah digunakan (tidak perlu dipotong kecil) dan cair dengan cepat.
  • Potongan kek boleh disimpan di dalam bekas kedap udara selama 1 minggu dalam peti sejuk.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.