Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kek Coklat Moist

dessert
cake & pastries
western

Kek Coklat Moist

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Resepi coklat ini sememangnya kebanggaan kami. Tambahan pula, kek ini diisi di tengah dan juga diselaputi di atasnya dengan ganache coklat gelap yang kaya, diperbuat daripada coklat gelap berkualiti tinggi. Ya betul, ini sememangnya seperti resepi kek coklat terus dari kedai kek yang mewah.

Jangan bimbang, senang sahaja untuk menyediakannya. Anda boleh menghasilkan kek ini dengan beberapa bahan ramuan saja yang senang didapati dari pasaraya. Dengan menggunakan telur QL Omega, kandungan kolestrolnya cuma 50% daripada telur biasa, jadi anda boleh makan dengan hati yang terbuka. Tetamu anda tentunya akan terpegun dengan keanggunan kek ini!

Anda boleh menghiasi kek ini mengikut cita rasa anda, tak kira empingan badam panggang ke gulungan coklat atau buah-buahan segar. Hidangkanlah sebagai manisan lepas hidangan utama atau dengan kopi semasa sesi teh tengahari.

Masa penyediaan15 minit
Masa memasak45 - 50 minit
Hidangan8

Ingredients

100 g tepung serbaguna atau tepung biasa
50 g serbuk coklat gelap
½ sudu tehserbuk penaik
½ sudu tehserbuk soda
¼ sudu tehgaram
180 g mentega tanpa garam, dibiarkan lembut di tahap suhu bilik
150 g gula kastor
2 bijitelur QL Omega
1 sudu tehesen vanila
200 ml susu

Untuk ganache coklat:

200 ml krim whipping
200 g coklat gelap berkualiti (lebih baik jika 60% koko pejal), dipotong kecil

Method

  1. Alaskan tin kek 8-inci dengan kertas kek atau kertas parchment
  2. Ayakkan bersama tepung, serbuk koko, garam, serbuk penaik dan serbuk soda di dalam mangkuk.
  3. Pukulkan mentega dan gula kastor sehingga licin dan gaul sebati.
  4. Pukulkan masuk telur, sebiji demi sebiji, diikuti dengan esen vanilla.
  5. Tambahkan susu dan campuran tepung bergilir-gilir. Pukul sehingga campuran gaul sebati.
  6. Tuangkan campuran kek ke dalam tin kek. Masak selama 40 – 45 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180 C, sehingga batang lidi atau pencucuk keluar bersih kering bila kek dicucuk. Biarkan kek sejuk di atas rak dawai. Keluarkan kek dan buangkan lapisan kertas kek/parchment.
  7. Semasa kek sedang dimasak di dalam ketuhar, sediakan ganache coklat. Panaskan krim whipping di dalam periuk atas api sederhana sehingga mendidih. Tuangkan krim panas kepada potongan coklat gelap di dalam mangkuk tahan panas dan gaulkan dengan sudu kayu.
  8. Terus gaul sehingga coklat gelap larut sepenuhnya. Jikalau coklat tidak larut, pindahkan mangkuk ke atas periuk dengan air mendidih dan terus gaul sehingga coklat larut sepenuhnya dan licin berkrim.
  9. Sejukkan ganache di dalam peti sejuk selama 20 – 30 minit supaya ianya memekat sedikit.
  10. Sapukan ganache kepada kek yang telah sejuk, atau belahkan kek kepada 2 lapis dan sandwickan dengan ganache coklat serta sapukan ke atas kek.
  11. Hiaskan dengan gulungan coklat, empingan badam panggang atau buah-buahan sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan kopi.

Petua QL Kitchen:

Kek coklat moist ini boleh disimpan dalam peti sejuk di dalam bekas kedap udara sehingga 3 hari. Keluarkan kek dan biarkan pada tahap suhu bilik selama 30 minit sebelum dihidangkan.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.