Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Scotch Eggs

appetizer
breakfast & brunch
snack
western

Scotch Eggs

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Jika anda tak pernah cuba Scotch Eggs, anda tentu akan menyukainya!

Hidangan yang lazat ini terdiri daripada telur rebus yang dibalut dengan daging sosej yang menjadikannya snek yang lazat, atau sebagai makanan tengahari dengan sedikit salad dan sos mustard.

Telur yang sesuai adalah bahagian yang penting bagi resepi ini. Jadi, dapatkanlah telur QL Deli Fresh, yang berkhasiat dan kaya dengan protein untuk kenikmatan yang lebih memuaskan.

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak25 minit
Hidangan2 - 4

Ingredients

4 bijiQL Deli Fresh
250 g daging sosej
1 tangkal daun herba thyme, dicincang
1 sudu besar daun parsli, dicincang halus
1 sudu besar daun kucai, dicincang halus
100 g tepung biasa, diperisa dengan ringan dengan garam dan lada hitam
1 bijitelur QL Deli Fresh, dipukul
150 g serbuk roti panko (breadcrumbs)
1 lminyak (untuk menggoreng)
garam dan lada hitam, secukup rasa

Method

  1. Rendamkan telur QL Deli Fresh di dalam air ais selama 15 minit.
  2. Rebuskan telur di dalam air mendidih selama 8 minit dan masukkan semula ke dalam mangkuk yang berisi air ais setelah siap. Kupaskan kulit telur.
  3. Kupaskan kulit sosej untuk mendapatkan intinya, tambahkan herba cincang dan perisakan dengan garam dan lada. Gaul hingga sebati.
  4. Bahagikan campuran daging kepada 4 bahagian, leperkannya dan balutkan setiap telur dengan satu bahagian campuran daging. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  5. Celupkan setiap telur yang berbalut daging dengan tepung dan buangkan tepung yang berlebihan. Kemudian celupkan ke dalam telur yang dipukul dan akhirnya salutkan dengan serbuk roti.
  6. Panaskan minyak di dalam periuk yang dalam. Masukkan setuap Scotch Egg ke dalam minyak dengan berhati-hati dan gorengkan selama 6 – 8 minit, atau sehingga ianya keemasan, rangup dan daging sosej masak sepenuhnya.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.