Kuih Siput
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan10 minit
Masa memasak30 minit
Membuat2-3 balang
Ingredients
250 g tepung
70 g marjerin
½ sudu teh serbuk adas
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan
1 sudu tehserbuk kari
1 sudu besar udang kering, dikisar
1 bijitelur QL Omega
2 tangkal daun kari
3 ulas bawang putih, dihiris nipis
garam secukup rasa
2 sudu besar air sejuk
minyak untuk menggoreng
Method
- Dalam satu mangkuk, gaulkan bersama serbuk adas, serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk kari, garam, udang kering dan tepung.
- Tambahkan telur QL Omega dan marjerin kepada campuran tepung. Gaul sebati.
- Adunkan campuran sehingga adunan terbentuk. Tambahkan air sejuk.
- Cubitkan sedikit adunan dan tekankan atas papan ‘kuih siput’.
- Gulingkan adunan atas papan dan alihkan.
- Gorengkan ‘kuih siput’ dengan sedikit daun kari, hirisan bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan.
- Ketepikan untuknya menyejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.