Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Cheesecake Hati Marmar Valentine

dessert
cake & pastries
western
festivals

Cheesecake Hati Marmar Valentine

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Masa penyediaan15 minit
Masa memasak20 minit
Membuat12-15 kek hati

Ingredients

Dasar

80 g biskut digestive (biskut senang hadam)
40 g mentega dengan garam, dicairkan

Cream Cheese

380 g cream cheese, pada tahap suhu bilik
100 g gula
1 sudu besartepung jagung
75 g yogurt
75 g krim
2 bijitelur QL Omega
Beberapa titik pewarna makanan merah

Method

  1. Untuk menyediakan dasar, kisarkan biskut digestive dan mentega bersama dengan kasar dalam mesin pengisar.
  2. Dalam tin kek 12 x 18 inci, tekankan dasar biskut dengan ketat dan bekukan selama 15 minit.
  3. Di dalam mangkuk, krimkan bersama gula, cream cheese dan tepung jagung hingga gebu. Tambahkan masuk yogurt, krim dan telur QL Omega dan gaul sebati.
  4. Campurkan ¾ campuran cream cheese dengan beberapa titik pewarna makanan merah. Tuangkan campuran ke atas tin kek dan ratakan.
  5. Sudukan baki cream cheese putih ke atas campuran merah pada tin kek dan bentukkan corak pusaran dengan hujung sudu.
  6. Bakar selama 20 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkannya menyejuk di dalam peti sejuk semalaman.
  8. Potongkan cheescake dengan menggunakan pemotong biskut berbentuk hati 2 inci.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.