Cheesecake Hati Marmar Valentine
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan15 minit
Masa memasak20 minit
Membuat12-15 kek hati
Ingredients
Dasar
80 g biskut digestive (biskut senang hadam)
40 g mentega dengan garam, dicairkan
Cream Cheese
380 g cream cheese, pada tahap suhu bilik
100 g gula
1 sudu besartepung jagung
75 g yogurt
75 g krim
2 bijitelur QL Omega
Beberapa titik pewarna makanan merah
Method
- Untuk menyediakan dasar, kisarkan biskut digestive dan mentega bersama dengan kasar dalam mesin pengisar.
- Dalam tin kek 12 x 18 inci, tekankan dasar biskut dengan ketat dan bekukan selama 15 minit.
- Di dalam mangkuk, krimkan bersama gula, cream cheese dan tepung jagung hingga gebu. Tambahkan masuk yogurt, krim dan telur QL Omega dan gaul sebati.
- Campurkan ¾ campuran cream cheese dengan beberapa titik pewarna makanan merah. Tuangkan campuran ke atas tin kek dan ratakan.
- Sudukan baki cream cheese putih ke atas campuran merah pada tin kek dan bentukkan corak pusaran dengan hujung sudu.
- Bakar selama 20 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C.
- Keluarkan dari ketuhar dan biarkannya menyejuk di dalam peti sejuk semalaman.
- Potongkan cheescake dengan menggunakan pemotong biskut berbentuk hati 2 inci.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.