Tart Nanas Berkeju
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan30 minit
Masa memasak15 minit
Membuat35 - 40 tart
Ingredients
Pastri
250 g mentega dengan garam
50 g gula aising
2 bijikuning telur QL Omega
350 g tepung biasa
2 sudu besar tepung jagung
40 gkeju parmesan
Inti
200 g pes nenas
250 g cream cheese, dilembutkan
1 bijikuning telur QL Omega + 1 sudu besar susu (egg wash untuk menyapu)
Method
- Krimkan mentega dengan gula aising sehingga warnanya pucat. Tambahkan masuk kuning telur QL Omega.
- Tambahkan masuk semua ramuan kering dan gaul sebati. Biarkan adunan pastri rehat selama 10 minit.
- Untuk menyediakan inti, sebatikan setengah pes nenas dengan cream cheese.
- Bentukkan pastri menggunakan acuan kulit tart dan bakar (blind bake) selama 5 minit pada 160°C. Keluarkan dari acuan dan biarkannya menyejuk.
- Isikan kulit tart dengan inti cream cheese dan tambahkan 5g pes nenas ke atasnya dan tekan dengan ringan.
- Susunkan tart atas dulang dan sapukan dengan egg wash. Bakar pada 160°C selama 5-7 minit.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.