Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Quiche Ham Ayam & Cendawan Mini

appetizer
snack
western

Quiche Ham Ayam & Cendawan Mini

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Cawan-cawan telur yang comel dan rangup ini sememangnya lazat – kami harap anda akan menikmati resepi quiche mini yang mudah ini!

Anda boleh memanggilnya cawan telur savori atau mafin savori, tetapi kami lebih suka memanggilnya quiche mini. Bahagian pastri untuk resepi quiche mini ini digantikan dengan Pastri Spring Roll Figo, menjimatkan masa dan usaha anda (ia boleh siap sedia dalam masa kurang dari 40 minit!).

Anda boleh memanggilnya cawan telur savori atau mafin savori, tetapi kami lebih suka memanggilnya quiche mini. Bahagian pastri untuk resepi quiche mini ini digantikan dengan Pastri Spring Roll Figo, menjimatkan masa dan usaha anda (ia boleh siap sedia dalam masa kurang dari 40 minit!).

Jika tak habis, anda hanya perlu menyimpannya di dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk, dan panaskan selama 10 mint di dalam ketuhar untuk pastrinya rangup semula.

Masa penyediaan20 minit
Masa memasak15 - 20 minit
Membuat12 quiche mini

Ingredients

12 helai Pastri Spring Roll Figo (7.5”)
4 keping Hirisan Ayam Figo, dipotong kecil
6 - 8 biji cendawan butang tin, dipotong suku
½ bijibawang kecil, dicincang
2 sudu besarkeju Parmesan atau cheddar parut
1 sudu besarmentega cair (untuk memberus)
1 sudu besar daun parsli cincang (terpulang, sebagai perhiasan)

(A)

2 bijitelur QL Omega
100 ml susu segar atau UHT (biasa)
2 sudu besar keju Parmesan atau cheddar parut
Garam dan lada (secukup rasa)
Secubit thyme atau oregano kering (terpulang)

Method

  1. Lipatkan suku Pastri Spring Roll Figo dan masukkan ke dalam dua tin mafin berlubang 6, atau satu tin berlubang 12.
  2. Beruskan bahagian bawan cawan pastri spring roll dengan sedikit mentega cair untuk mengelakkannya dari melekat.
  3. Bahagikan Hirisan Ayam Figo, bawang, cendawan dengan serata ke dalam cawan-cawan pastri spring roll.
  4. Pukulkan bahan-bahan (A) dalam jag pengukur sehingga sebati dengan menggunakan pemukul dawai.
  5. Tuangkan (A) ke atas bahan-bahan di dalam cawan pastri, agihkan dengan serata antara semua cawan pastri.
  6. Taburkan keju Parmesan/cheddar yang dicincang di atasnya. Sapu lapisan pastri dengan mentega cair dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180 C selama 15 – 20 minit atau sehingga lapisan pastri berwarna perang keemasan.
  7. Keluarkan dari ketuhar, taburkan dengan parsli cincang (terpulang), hidangkan dengan serta-merta.

Petua QL Kitchen:

  • Resepi quiche mini ini mudah diubahsuai! Tambahkanlah ramuan kegemaran anda yang lain seperti tomato cincang, lada Bengala dan bayam.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.