Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Pie Tee Nyonya

appetizer
snack
malaysian
asian

Pie Tee Nyonya

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak45 minit
Membuat30-40 biji

Ingredients

Cawan Pie Tee

50 gtepung gandum
25 gtepung jagung
55 gtepung beras
¼ sudu tehgaram
1 bijitelur Omega QL, pukul ringan
200 mlair
Minyak masak untuk menggoreng, kedalaman 3 inci

Inti

30 mlminyak masak
150 gFilamen Berperisa Ketam QL Mushroom (Imitation Crabstick), hiris halus memanjang
5 ulasbawang putih, cincang halus
1 sudu besarpes kacang soya (taucu)
500 gsengkuang, hiris halus memanjang
500 mlair
1 sudu besarkicap cair
¼ sudu tehkicap pekat
1 sudu besargula
Garam secukup rasa

Hiasan

2 tangkaldaun ketumbar, cincang kasar
Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom (Imitation Crabstick) rangup, hiris halus memanjang dan goreng
Sambal untuk hidangan

Method

  1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
  2. Masukkan garam dan telur Omega QL, gaul sehingga sebati. Masukkan air perlahan-lahan dan pukul ringan sehingga menjadi adunan rata.
  3. Tapiskan adunan dan biarkan selama 30 minit.
  4. Tuangkan minyak masak ke dalam periuk kecil dalam, pastikan acuan pai tee boleh ditenggelami.
  5. Panaskan minyak masak di dalam periuk yang dalam, rendam acuan pie tee ke dalam minyak masak panas selama 5 minit. Pastikan acuan pie tee tidak terlalu panas.
  6. Angkat dan toskan minyak masak yang berlebihan, celup acuan yang panas ke dalam adunan ¾ penuh. Angkat dan rendam ke dalam minyak masak panas.
  7. Biarkan kulit mengeras dan sedikit keperangan sebelum dikeluarkan dari acuannya. Goreng sehingga cawan menjadi warna keemasan. Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
  8. Angkat dan biar sejuk di atas tissue dapur. Simpan di dalam bekas kedap udara.
  9. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan pes kacang soya dan tumis hingga naik minyak. Masukkan Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom dan masak sehingga warna bertukar kepada kekuningan.
  10. Tukar kepada api kecil, masukkan sengkuang dan kacau sehingga sebati. Masukkan air dan panaskan sehingga medidih.
  11. Perisa dengan kicap, kicap pekat, garam dan gula. Reneh sengkuang sehingga lembut.
  12. Untuk hiasan, goreng Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom sehingga rangup.
  13. Untuk hidangan, isikan inti yang telah disejukkan kedalam cawan pie tee. Hias dengan daun ketumbar dan Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom rangup.
  14. Hidangkan serta-merta dengan sambal.

Petua QL Chef

  • Untuk mengenal pasti suhu minyak masak yang bersesuian, rendamkan bahagian hujung chopstick yang tidak bervanis ke dalam minyak masak, ia akan berbuih di bahagian tepi chopstick jika minyak masak telah mencapai suhu yang sesuai, atau titiskan sedikit adunan ke dalam minyak masak dan adunan tersebut akan tenggelam ke bawah dan berapung balik ke permukaan minyak masak dengan serta merta.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

QL Omega & QL D'Fresh eggs are available at major hypermarkets and supermarkets. For more information on QL Eggs, click here.