Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Onigirazu Takuan Tamago & Avocado

mains
breakfast & brunch
snack
asian
japanese

Onigirazu Takuan Tamago & Avocado

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak20 minit
Membuat4 keping onigirazu

Ingredients

1 bijiavocado, dibuang biji dan dihiris
¼ cawansakura denbu (perisa ikan cod diawet)
¼ cawanjeruk kubis merah (terpulang)
3 cawannasi sushi masak
4 helainori (helaian rumpai laut)

Tamago dengan Jeruk Lobak Putih Manis

3 bijitelur QL Omega
3 sudu besartakuan (lobak putih jeruk), dicincang kasar
1 sudu besarcili merah, dicincang halus (dibuang biji)
2 sudu besardaun kucai, dihiris nipis
1 sudu tehgaram
½ sudu tehlada hitam
1 sudu besarminyak

Method

  1. Di dalam mangkuk yang besar, pukulkan telur bersama takuan, cili merah, daun kucai, garam dan lada hitam.
  2. Gorengkan tamago takuan di dalam kuali non-stick dengan sedikit minyak, atas api sederhana.
  3. Biarkan tamago takuan menyejuk sebelum memotong sehingga segi empat.
  4. Untuk memasang – letakkan sehelai nori dengan bucunya menunjuk ke arah atas. Ratakan nasi sushi kepada bentuk segi empat di tengah nori.
  5. Taburkan ½ - 1 sudu besar sakura denbu ke atas nasi. Kemudian, letakkan tamago takuran, diikuti dengan selapis hirisan avocado dan jeruk kubis merah.
  6. Letakkan lebih lagi nasi dan sakura denbu, dan balutkan nori dengan ketat pada bentuk nasi yang berbentuk segi empat.
  7. Balutkan onigirazu dengan sehelai cling wrap dengan bahagian lipatan di bawah untuk mengetatkannya. Biarkannya rehat selama 5 minit sebelum memotong. (Peringatan: Jangan lupa belah mana yang anda hendak memotong onigirazu).
  8. Gunakan pisau yang tajam dan dibasahkan sedikit untuk membelah dua onigirazu. Pisau yang basah akan mengelakkan nasi dan nori dari melekat kepada pisau anda, dan garis potongan onigirazu anda akan lebih kemas.

Petua QL Chef:

  • Sakura denbu dan takuan terdapat dari bahagian produk Jepun di pasaraya.
  • Onigirazu biasanya campuran 2 – 3 jenis inti, jadi cubalah dengan inti kegemaran anda! Katsu ayam goreng, daging bulgogi, tuna mayo, hirisan ayam dan keji, ataupun baki gulai daging adalah idea yang baik untuk inti onigirazu.
  • Sediakan nasi sushi dan inti boleh disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.