Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kuih Ros QL

snack
malaysian
festivals

Kuih Ros QL

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Tahun Baru Cina semakin menjelang, begitu juga masa untuk menyediakan biskut! Kuih ros, yang juga dikenali sebagai kuih loyang atau biskut sarang lebah, adalah teman yang sempurna sempena perayaan ini!

Sememangnya satu kegemaran klasik, biskut rose terkenal dengan kerangupan dan aromanya yang wangi. Sediakanlah biskut ini untuk Tahun Baru Cina ini, semestinya menjadi kegemaran semua tetamu anda. Cubalah resepi yang menghasilkan 45-50 keping ini.

Masa penyediaan15 minit
Masa memasak30 minit
Membuat45 - 50 keping

Ingredients

80 g tepung Beras
35 g tepung Gandum
1 bijitelur QL Omega
70 g gula
90 g santan
40 g air
secubit garam
500 ml minyak (untuk menggoreng)
acuan biskut sarang lebah

Method

  1. Ayakkan bersama tepung beras dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan telur Omega QL, gula, santan, air dan garam. Pukul sehingga sebati.
  3. Tuangkan campuran tepung tadi ke dalam campuran basah dan kacau dengan perlahan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk.
  5. Masukkan acuan biskut sarang lebah ke dalam minyak panas kemudian celupkan acuan ke dalam campuran tadi, dan masukkan semula acuan ke dalam minyak panas.
  6. Biarkan acuan terendam didalam minyak panas selama 1 minit kemudian goyangkan acuan dengan perlahan supaya biskut sarang lebah terasing dari acuan tersebut.
  7. Balikkan biskut sarang lebah dan goreng sehingga bertukar warna keemasan.
  8. Angkat dan letakkan di atas rak dawai untuk membuangkan minyak berlebihan.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara.