Kuih Bingka Ambon
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan2.5 jam
Masa memasak40 minit
Membuat1 keping besar
Ingredients
8 bijikuning telur QL Omega
150 g tepung ubi kayu
100 ml santan + 100 ml air kelapa
150 g gula
1/2 sudu tehgaram
1 sudu tehserbuk kunyit
1 sudu tehesen vanila
4 helaidaun limau purut, dihiris kasar
1 batangserai, ditumbuk ringan
1dulang rata atau 1 tin roti
Untuk Campuran Yis:
50 g tepung biasa
2 sudu besargula
120 ml air suam
2 sudu tehyis
Method
- Tambahkan tepung, gula, yis dan air suam. Gaul sebati, tutupkan penutup dan biarkannya rehat selama 15 minit.
- Tambahkan santan, air kelapa, daun limau purut dan serai. Masak sehingga ia mereneh.
- Tambahkan serbuk kunyit dan teruskan mereneh. Kacau secara berterusan dan reneh sehingga ianya pekat.
- Di dalam mesin pemukul, tambahkan kuning telur QL Omega, gula dan garam. Pukul hingga ianya gebu. Kemudian, tambahkan campuran yis.
- Campurkan masuk tepung ubi kayu, campuran kelapa kunyit dan esen vanila. Biarkan campuran rehat dan naik selama 2-2½ jam.
- Sapukan minyak pada tin roti dan panaskan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C selama 5 minit.
- Tuangkan campuran ke dalam tin roti yang panas. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C pada setting haba dari bawah sahaja. Bakar selama 30 minit atau sehingga buih berkurangan dan biar bukakan pintu ketuhar sedikit.
- Kemudian, tukarkan setting ketuhar kepada haba atas dan bawah, tutupkan pintu ketuhar dan bakar untuk 10 minit lagi.
- Biarkannya menyejuk sebelum mengeluarkannya dari dulang tin roti.
Petua QL Chef:
- JANGAN gaul atau kacau campuran selepas menuangkannya ke dalam tin roti.
- Kunyit boleh digantikan dengan perisa pandan mengikut cita rasa anda.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.