Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kek Yule Log Christmas

dessert
cake & pastries
western
festivals

Kek Yule Log Christmas

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Kek Yule Log adalah cara yang unik untuk memaparkan tradisi perayaan Christmas dan suasana kayu membara pada malam yang sejuk.

Resepi Kek Yule Log Christmas ini ringan gebu dengan kek span coklat yang moist diisi dengan whipped cream coklat, dibalut ke bentuk silinder dan diakhiri dengan gula halus yang seiras salji. Dengan kemiripannya kepada Swiss roll coklat, kek yule log ini dihiasi seperti kayu balak perayaan. Sememangnya idaman si peminat coklat!

Masa penyediaan45 minit
Masa memasak20 minit
Hidangan6

Ingredients

Untuk kek span coklat (A)

100 gkuning telur QL D'Fresh
30 gminyak masak
40 gsusu
85 gtepung biasa
15 gserbuk koko
1 bijitelur QL D'Fresh (penuh)
Secubit garam

Untuk kek span coklat (B)

170 gputih telur QL D'Fresh
2 gkrim tartar
110 ggula halus

Untuk inti krim

250 mlkrim
1 sudu besargula aising
1/2 sudu tehesen vanila

Untuk topping

100 gkrim segar, sejuk
20 gserbuk koko, diayak

Untuk perhiasan

Raspberi segar
Beri hitam segar
Beri merah segar
Daun pudina

Untuk ditabur

Serbuk koko
Gula salji (snow sugar)

Method

  1. Panaskan ketuhar kepada 180C. Alaskan tin kek dengan kertas parchment.
  2. Dalam mangkuk yang besar, pukulkan bersama kuning telur QL Deli Fresh dan minyak masak. Kemudian, tambahkan masuk susu.
  3. Tambahkan campuran tepung, serbuk koko dan garam yang telah diayak, diikuti dengan telur QL D'Fresh dan pukul sehingga sebati.
  4. Dalam mangkuk yang bersih, pukulkan putih telur QL D'Fresh sehingga berbuih. Dengan beransuran, tambahkan masuk gula dan krim tartar, dan pukul sehingga puncak lembut diperolehi.
  5. Lipatkan masuk satu pertiga (B) ke dalam (A) dan gaul sebati, kemudian tambahkan bakinya dan gaul sehingga sebati.
  6. Tuangkan campuran ke dalam tin kek dan ketukkan tin untuk meratakan permukaan campuran.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan, selama 15 – 20 minit atau sehingga kek masak.
  8. Untuk menyediakan inti krim, pukulkan krim, gula aising dan esen vanila sehingga puncak tegar diperolehi.
  9. Bila kek teleh sedia, ketukkan tepi dan dasarnya beberapa kali. Luncurkannya dari tin kek dan bairkannya menyejuk di atas rak dawai.
  10. Bila kek telah menyejuk sepenuhnya, letakkan sehelai lagi kertas parchment di atas kek dan terbalikkannya. Dengan berhati-hati, kupaskan kertas parchment yang sedang dibakar dengan kek tadi.
  11. Sapukan selapis inti krim ke atas kek, taburkan buah-buahan dan gulungkan dari pinggir yang panjang.
  12. Biarkan kek menyejuk di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya sejam.
  13. Untuk menyediakan topping krim, pukulkan fresh cream dengan serbuk koko sehingga puncak tegar diperolehi. Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapukan krim ke atas kek log dengan menggunakan spatula aising. Taburkan kek log dengan serbuk koko dan gula salji.
  14. Hiaskan dengan beri-beri segar dan daun pudina. Sejukkan dan hiriskan sebelum disaji.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.