Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kek Black Forest Klasik

dessert
cake & pastries
western

Kek Black Forest Klasik

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Kek Black forest adalah kegemaran klasik dengan beberapa komponen yang amat mudah: kek coklat, whipped cream, buah ceri dan coklat. Walaupun resepi kek black forest tradisional German (forest torte) mengandungi Kirsch, sejenis arak cherry, namun kini kek black forest yang bebas dari alcohol mudah didapati.

Resepi kek black forest ini menggunakan span coklat yang moist dan ringan, yang mudah disediakan dalam masa lima ke sepuluh minit dengan menggunakan pemukul elektrik. Ganache dan topping whipped –nya juga mudah untuk disediakan. Kek ini dipasang dengan gaya bebas supaya mudah untuk semua, termasuklah untuk mereka yang kurang mahir lagi dengan kek, untuk menghasilkan kek yang cantik ini.

Pastikan anda menggunakan telur QL Omega untuk resepi kek black forest ini. Ianya mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding telur biasa dan rasanya enak sekali. Tambahan lagi, ia juga mengandungi Omega 3 yang penting bagi kesihatan badan anda.

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak30 minit
Hidangan6-8

Ingredients

Span coklat

115 g campuran kek span coklat
115 g telur QL Omega (lebih kurang 2 biji telur)
25 g air
30 g minyak sayuran

Topping ganache

55 g coklat gelap
50 g whipping cream

Ramuan lain

1 tin ceri gelap, disejukkan
150 g topping whip non-dairy
Ceri segar / beri campur / ceri tin berlebihan (untuk perhiasan)

Method

  1. Untuk menyediakan span, panaskan ketuhar kepada 180C. Alaskan tin kek bulat 6 inci dengan kertas parchment.
  2. Pukulkan bersama campuran span, telur QL Omega dan air dengan menggunakan pemukul elektrik selama 5 hingga 10 minit, sehingga ianya pucat dan pekat.
  3. Lipatkan masuk minyak.
  4. Tuangkan campuran ke dalam tin kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Biarkan kek menyejuk di atas rak dawai. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk diguna.
  6. Untuk menghasilkan ganache, cairkan coklat di dalam double boiler. Campurkan masuk whipping cream.
  7. Untuk memasang kek, buangkan air dari ceri tin.
  8. Pukulkan krim whipping sehingga gebu.
  9. Potongkan kek kepada 3 lapisan yang serata.
  10. Sandwickan lapisan kek dengan whipped cream dan ceri, diakhiri dengan lapisan kek. Sapukan ganache ke atas lapisan paling atas kek. Hiaskan dengan ceri segar, beri campur atau ceri tin yang berlebihan. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga menyaji.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.