Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Karipap Spiral Extra Besar

breakfast & brunch
snack
malaysian

Karipap Spiral Extra Besar

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Apatah lagi yang lebih menyenangkan dari resepi karipap yang lengkap ini? Karipap spiral ini terkenal untuk saiznya yang besar, untuk memuatkan intinya yang berlambak! Ketulan kari ayam yang moist, diselaputi dengan kuah yang aromatic, dan dipadankan dengan telur QL D'Fresh rebus, kentang dan bawang. Resepi karipap ini sememangnya tidak boleh dilepasi sama sekali!

Pastikan anda menggunakan telur QL D'Fresh atau telur QL Omega bila mencuba resepi karipap ini. Telur-telur yang bernutrisi ini datangnya dari ayam-ayam sihat yang diberi makanan ternakan semulajadi. Makanan ternakan ini terdiri daripada jagung, kacang soya, gandum dan diperkaya dengan pelbagai vitamin dan zat mineral. Tambahan lagi, ianya juga diperkaya dengan probiotik lactobacillus untuk menggalakkan lagi kesihatan ayam-ayam.

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak20 minit
Hidangan4

Ingredients

Inti ayam dan kentang

½ bijibawang merah, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dicincang halus
3 sudu besarminyak sayur
1½ sudu besarpes kari ayam
½ sudu besarserbuk kari daging
100 g daging dada ayam, direbus dan dicabik
2 bijiubi kentang besar, dipotong dadu kecil
200 ml air
1 bijitelur QL Deli Fresh, direbus masak dan dipotong baji
Secubit garam
Secubit lada sulah
Secubit gula

Adunan air

150 g tepung biasa
¼ sudu tehgaram
¼ cawanair suam
25 g telur QL Omega, dipukul
½ sudu besarminyak sayur

Adunan minyak

45 g mentega sejuk, dipotong kiub
75 g tepung biasa
½ sudu besarair (jika adunan terlalu kering)

Method

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Tambahkan pes dan serbuk kari. Masukkan ayam, diikuti dengan kentang. Perisakan dengan garam, lada sulah dan gula. Masak sehingga sedikit kering sebelum menambah air dan biarkan mereneh sehingga kentangnya lembut dan kari mengering. Biarkannya menyejuk sebelum mengguna.
  2. Untuk menyediakan adunan, gabungkan semua bahan-bahan untuk adunan air dan gulikan sehingga tidak melekit atau senang dibentuk. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan bentukkan seperti bebola, kemudian tutupkannya dan biarkannya selama 30 minit.
  3. Untuk adunan minyak, gosokkan mentega ke dalam tepung untuk menghasilkan adunan yang lembut. Tambahkan air jika perlu. Guli dengan tangan sehingga licin dan berkilat, kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan bentukkan seperti bebola. Tutupkannya dan biarkannya selama 15 minit.
  4. Balutkan adunan minyak dengan adunan air. Leperkan dengan pin penggelek sehingga nipis dan gulungkan semula seperti swiss roll. Putarkan arah roll sebanyak 90 darjah supaya pinggirnya menghala atas dan gelekkan sehingga nipis sekali lagi. Gulungkan adunan seperti swiss roll sekali lagi dan potong kepada cakera dengan menggunakan pisau yang tajam. Leperkan setiap cakera dan letakkan inti dan seketul telur di tengah. Balutkannya dan cubitkan sisinya untuk menutupnya, kemudian bentukkan corak sisi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Gorengkan dalam minyak panas sehingga perang keemasan.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.