Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Crème Brulee

dessert
western

Crème Brulee

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Kaya berkrim, licin dan harum dengan kewangian vanila, kustard yang cair dalam mulut ini sempurna dipadan dengan selapis lelehan gula karamel yang rangup. Semestinya salah satu manisan yang paling popular bila-bila jua. Lebih-lebih lagi, resepi Crème Brulee ini begitu mudah penyediaannya!

Kami menggunakan telur QL Deli Fresh, yang memberi konsistensi yang sesuai bagi menghasilkan manisan yang halus seperti Crème Brulee ini. Anda boleh mendapatkan telur QL Deli Fresh dari mana-mana pasaraya-pasaraya yang terkemuka.

Masa penyediaan15 minit
Masa memasak30 minit
Hidangan4

Ingredients

2 bijikuning telur QL Deli Fresh
230 g whipping cream
35 g gula kastor
1 sudu tehesen vanila
1 sudu besargula kastor (untuk menghasilkan lapisan karamel di atas)

Perhiasan

Whipped cream (terpulang)
Buah-buahan atau beri segar

Method

  1. Panaskan ketuhar kepada 160C.
  2. Di dalam mangkuk, tuangkan masuk kuning telur QL Deli Fresh, krim, gula dan esen vanila. Dengan menggunakan pemukul dawai, pukulkan dengan ringan sehingga sebati dan tapiskan campuran untuk mengeluarkan sebarang mendapan dari campuran.
  3. Tuangkan campuran ke dalam acuan ramekins dan susunkan di dalam dulang tin yang tinggi. Masukkan dulang ke dalam ketuhar dan isikan dengan air panas sehingga lebih kurang 1.5cm tinggi. Masak selama 20 minit sehingga sisi kustard telah memejal tetapi dengan bahagian tengahnya masih sedikit goyah.
  4. Keluarkan acuan ramekins dari dulang dan biarkan mereka menyejuk, sebelum menyejukkan lagi di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 2 jam.
  5. Untuk menyaji, taburkan selapis nipis gula kastor ke atas kustard dan bakarkan dengan blow torch sehingga ia perang keemasan. Kemudian, biarkan lapisan gula mengeras, lebih kurang 3 hingga 5 minit.
  6. Hiaskan dengan whipped cream (terpulang) dan sedikit buah-buahan atau beri segar.

Petua QL Kitchen:

Bila menyediakan lapisan gula karamel, berhati-hati untuk tidak membakarnya untuk terlalu lama kerana lapisan gulanya senang memerang dan hangus. Gerakkan blow torch dengan berterusan untuk menggelakkan sebahagian dari permukaannya hangus.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.