Churros dengan Sos Coklat Suam
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan20 minit
Masa memasak20 minit
Hidangan3 - 4
Ingredients
250 ml air
2 sudu besargula perang
½ sudu tehgaram
75 g mentega tanpa garam
125 g tepung biasa
2 bijitelur QL Omega
Minyak sayur, cukup untuk ketinggian 2 inci dalam fryer/kuali
Gula Kayu Manis
50 g gula kastor
½ - 1 sudu tehserbuk kayu manis
Sos coklat
100 g coklat gelap
150 g whipping cream
Method
- Gabungkan air, gula perang, garam dan mentega di dalam kuali. Biarkannya mendidih. Setelah ianya mendidih, matikan api dan kacaukan masuk tepung.
- Setelah tepung sebati, panaskan dan kacaukan campuran atas api rendah selama 2 minit.
- Matikan api dan biarkan campuran menyejuk.
- Tambahkan telur QL Omega, satu persatu dan kacau sebati. Adunan churros sepatutnya pekat tetapi masih lembut.
- Biarkan adunan rehat sehingga ianya suam. Pasangkan muncung berbentuk bintang pada beg pastri. Isikan adunan ke dalam beg pastri.
- Panaskan minyak. Setelah panas, tekankan keluar churros sepanjang 4-5 inci ke dalam minyak, dan gunakan pisau atau spatula untuk ‘memotong’ hujung adunan. Goreng selama 2-3 minit pada setiap belah sehingga ianya perang keemasan.
- Dengan menggunakan senduk berlubang atau penyepit, keluarkan churros dari minyak dan keringkan minyak di atas kertas tuala.
- Campurkan gula kastor dan serbuk kayu manis di atas piring yang cetek. Salutkan churros dengan campuran gula kayu manis.
- Panaskan whipping krim di dalam periuk dan matikan api. Tambahkan masuk ketulan coklat gelap dan kacau sehingga coklat larut sepenuhnya.
- Sajikan churros dengan sos coklat gelap.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.