Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Butter Cookie Berkaca

dessert
cake & pastries
western
festivals

Butter Cookie Berkaca

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Dengan gula-gula cair dikelilingi adunan biskut yang menyerupai tingkap kaca, butter cookie yang enak ini cantik sekali sebagai perhiasan bagi pokok Krismas. Ianya memerlukan sedikit usaha tetapi ianya memang berbaloi bila melihat muka mereka yang melihatnya bagi kali pertama.

Untuk resepi butter cookie berkaca ini, kami menggunakan telur QL Omega. Telur-telur yang enak ini mengandungi lebih dari 10 vitamin dan mineral yang penting, serta diperkaya dengan Omega-3 dan DHA yang penting bagi kesihatan jantung. Tambahan pula, setiap telur mengandungi kolesterol 50% lebih rendah berbanding telur biasa di pasaran.

Masa penyediaan1 jam
Masa memasak15 minit
Membuat3 dozen

Ingredients

Untuk adunan biskut

500 g tepung biasa
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
230 g mentega tanpa garam, dilembutkan
200 g gula halus
4 bijitelur QL Omega
1/2 sudu besar esen vanila
220 g gula-gula keras (hard candy) pelbagai warna, dihancur halus

Untuk perhiasan royal icing: (terpulang)

30 g putih telur QL Omega
180 g gula aising, diayak

Method

  1. Untuk adunan biskut: Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam bersama di dalam mangkuk. Pukulkan mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Kemudian, tambahkan masuk telur QL Omega dan esen vanila, dan pukul hingga sebati. Tambahkan campuran tepung, adun sebati untuk menghasilkan adunan. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  2. Panaskan ketuhar kepada 170 darjah Celsius. Golekkan adunan di antara kertas parchment kepada ketebalan 8mm. Dengan pemotong biskut berbentuk pokok Krismas 3” atau bentuk bintang hexagon 3”, potongkan adunan biskut. Letakkan biskut dengan jarak 1 inci di antaranya, di tin biskut yang telah dialas dengan kertas parchment. Dengan pemotong berbentuk bulat 1cm atau 5mm, potongkan bulatan dengan rawak di biskut berbentuk pokok Krismas. Dengan pemotong biskut berbentuk bintang 1.5”, potongkan adunan di tengah biskut berbentuk bintang hexagon.
  3. Bakar selama 10 minit sehingga biskut ternampak pucat, keluarkan dari ketuhar dan isikan bahagian kosong yang telah dipotong dengan gula-gula hancur. Bakar selama 5 minit lagi, sehingga biskut sedikit perang keemasan dan gula-gula cair. Biarkannya menyejuk (di atas helaian kertas) di atas rak dawai.
  4. Untuk royal icing: (Terpulang) Pukulkan telur putih QL Omega dengan gula aising sehingga sebati. Isikan royal icing ke dalam beg paip yang kecil dan potongkan hujung yang kecil dan paipkan barisan atau bentuk bebola kecil (mengikut suka-hati) untuk menghiasi biskut yang telah sejuk. Biarkannya kering sepenuhnya selama 6 jam atau semalaman.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.