Blueberry Cheese Tart Klasik
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Sememangnya susah untuk menahan dari menjamu tart yang enak, terutamanya yang dibakar segar pada hari yang sama. Paipkan sedikit corak yang cantik dengan inti blueberry kepada topping cheese untuk mencantikkan lagi tart anda!
Masa penyediaan45 minit
Masa memasak40 minit
Membuatlebih kurang 10 tartlet besar, 25 tartlet sederhana, 50 tartlet mini
Ingredients
Pastri
130 g mentega
66 g gula aising
250 g tepung biasa
20 g badam kisar
28 g telur QL Omega
Topping Cream Cheese
250 g cream cheese
20 g mentega
60 g gula aising
1 bijitelur QL Omega
Ramuan lain
Inti blueberry
Method
- Sediakan pastry dengan memukul mentega dan gula aising hingga pucat. Tambahkan tepung, badam kisar dan telur QL Omega hingga adunan terbentuk.
- Tekankan adunan kepada acuan tart dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 20-25 minit.
- Sambil menunggu tart masak, sediakan topping cream cheese dengan memukul bersama cream cheese, mentega dan gula aising hingga sebati. Pukulkan masuk telur QL Omega.
- Untuk memasang, letakkan sedikit inti blueberry kulit tart, isikan dengan campuran cream cheese dan hiaskan mengikut cita rasa anda.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C untuk 15 minit atau sehingga cheese sedia tegar.
- Sajikan pada tahap suhu bilik pada hari yang sama, atau sejukkan di dalam peti sejuk dan sajikan sejuk.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.