Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Biskut Gingerbread

dessert
cake & pastries
western
festivals

Biskut Gingerbread

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Kombinasi halia dan kayu manis ini menjadikan biskut ini wangi lagi lazat.

Dalam resepi Biskut Gingerbread ini, kami menggunakan telur QL Deli Fresh, untuk memperkayakan lagi kandungan nutrisi biskut ini. Dengan kandungan kolestrol 40% lebih rendah berbanding telur biasa, and semestinya tidak ragu-ragu untuk menikmati dua atau tiga keping lagi!

Masa penyediaan40 minit
Masa memasak12 minit
Membuat15 - 20 keping biskut kecil

Ingredients

Adunan Gingerbread Asas

88 g tepung biasa
1/8 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
1 sudu teh serbuk halia
½ sudu teh serbuk kayu manis
33 g mentega tanpa garam, dipotong kecil
38 g gula perang
½ sudu besarsirap emas (Golden syrup)
½ sudu besar black treacle (atau digelar sebagai tetes)
¼ sudu besarsusu
½ kuning telur QL Deli Fresh, dipukul

Aising Royal

30 g telur putih QL Deli Fresh
160 - 180 g gula aising, diayak
Setitik pewarna

Method

  1. Dalam mangkuk yang besar, ayakkan bersama tepung, serbuk penaik, garam dan rempah. Gosokkan bersama mentega kepada campuran tepung sehingga serdak dibentuk.
  2. Dalam mangkuk yang berlainan, campurkan bersama gula perang, golden syrup, black treacle, susu dan kuning telur. Pukulkan masuk bahan-bahan kering secara beransur-ansur sehingga adunan terbentuk. Adunkan dengan ringan, balutkan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum membentuk biskut.
  3. Panaskan ketuhar kepada 180⁰C. Pada permukaan yang ditepungkan dengan ringan, gulingkan adunan sehingga lebih kurang ¼ inci tebal. Potong mengikut bentuk yang disukai dengan menggunakan pemotong biskut. Letakkan biskut dengan jarak 1 inci pada dulang tin yang telah dialas.
  4. Bakar selama 10 – 12 minit atau sehingga biskut siap masak. Keluarkan dari ketuhar dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai. Hiaskanlahnya dengan aising royal berwarna.
  5. Untuk aising: Masukkan putih telur ke dalam mangkuk. Tambahkan gula aising secara beransur-ansur dan gaulkan sehingga gula larut sepenuhnya dan campuran tegar dan berkilat. Tambahkan pewarna yang disukai dan gaul sehingga sebati. Masukkan ke dalam beg pastry dan paipkan mengikut corak yang digemari.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.