Tauhu Bayam Homemade
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Tauhu sememangnya salah satu bahan dan hidangan yang terkenal dari masakan Asia. Ia juga pelbagai cara penyediaannya, di mana setiap satu enak dengan keistimewaannya. Selain dari membeli tauhu terus dari kedai, anda juga boleh menghasilkan tauhu anda sendiri.
Minggu ini, kami mempersembahkan resepi tauhu bayam homemade yang licin dan ringan untuk anda. Begitu mudah disediakan dengan sedikit telur dan susu soya tanpa gula. Tambahan itu, sos yang mengiringinya mengandungi pelbagai cendawan yang menjadikan hidangan ini lebih mewah lagi sebagai hidangan pembuka sajian individu. Cubalah resepi tauhu bayam ini untuk 8-9 orang.
Ingredients
Tauhu Bayam
Sos Cendawan
Method
- Untuk menyediakan tauhu bayam, pukulkan telur QL Omega di dalam mangkuk. Tambahkan tepung jagung dan pukul hingga sebati. Gaulkan masuk susu soya.
- Tapiskan campuran tersebut melalui penapis yang halus sebanyak 2 kali.
- Letakkan bayam di bawah gelas atau ramekins. Tuangkan masuk campuran telur.
- Kukuskan atas api sederhana selama 8 – 10 minit. Jangan terlalu masak untuk menggelakkan tauhu dari menggumpal.
- Untuk menyediakan sos cendawan, tumiskan bawang putih hingga wangi dan tambahkan masuk 3 jenis cendawan.
- Dalam mangkuk yang kecil, gabungkan sos tiram, kicap cair dan minyak bijan.
- Masakkan cendawan sehingga lembut dan tambahkan campuran sos. Tambahkan lada dan garam secukup rasa.
- Gaulkan masuk campuran tepung jagung.
- Setelah sos memekat, tuangkan sos ke atas tauhu. Sajikan panas.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di here.