Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Tart Kelapa Gula Melaka

dessert
cake & pastries
malaysian
asian
festivals

Tart Kelapa Gula Melaka

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Tart kelapa ini wangi dengan keharuman gula Melaka dan pandan….sedapnya! Kami mengesyorkan anda tart ini sebelum berbuka puasa supaya ianya boleh dinikmati panas.

Masa penyediaan40 minit
Masa memasak20 minit
Membuat25 tart kecil

Ingredients

Tart

65 g mentega, dengan garam
30 g gula aising
145 g tepung biasa
10 g badam kisar
20 g telur QL D'Fresh

Kelapa Gula Melaka

50 ml air
30 g gula Melaka
10 g gula perang
1 helaidaun pandan
100 g parutan kelapa segar
30 g mentega
15 g telur QL D'Fresh

Method

  1. Sediakan kelapa gula Melaka dengan memasukkan air, gula Melaka, gula perang dan daun pandan di dalam mangkuk yang sesuai untuk ketuhar gelombang. Masakkan di dalam ketuhar gelombang pada tinggi selama 1 minit dan gaul sebati.
  2. Tambahkan parutan kelapa dan mentega. Masakkan di dalam ketuhar gelombang selama 2 minit lagi, dan gualkan dari semasa ke semasa.
  3. Tambahkan 15g telur QL Deli Fresh dan gaul sebati. Biarkan seketika.
  4. Untuk tart, pukulkan mentega dan gula aising sehingga berkrim dan tambahkan telur QL Deli Fresh. Teruskan pukul hingga sebati.
  5. Gabungkan tepung dan badam kisar, dan gaulkan masuk ke dalam campuran mentega untuk membentuk adunan.
  6. Ambilkan sedikit adunan dan tekankannya pada acuan tart. Cucukkan lubang pada adunan dengan garpu. Ikuti dengan lebih lagi acuan dengan baki adunan.
  7. Sudukan campuran inti kelapa ke atas dasar tart dan bakarkan tart di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160°C selama 15-20 minit.
  8. Keluarkan tart dari acuan dan sajikan panas.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.