Sos Cecah Cili Cheese Sosej
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan90 minit
Masa memasak20 minit
Hidangan6
Ingredients
Sos Cecah Cili Cheese
½ sudu tehminyak zaitun
2 ulasbawang putih, dicincang
3 bijibawang kecil, dicincang
130 g daging ayam, dicincang
1 tinkacang kidney merah, dibuang airnya
6tomato ceri
tangkalsaderi, dicincang
179 g puree tomato
¼ bijilada Bengala merah, dicincang
½ sudu tehserbuk jintan putih
1 sudu tehherba campur
1 sudu tehemping cili
1 sudu besargula perang
60 g cheddar atau mozzarella
Garam dan lada secukup rasa
Roll Sosej
200 g tepung roti
50 g tepung biasa
50 g gula
¾ sudu tehgaram
2½ sudu tehyis segera
55 g susu
70 g air
1 bijitelur QL Omega, dipukul untuk adunan
1 bijitelur QL Omega, dipukul untuk menyapu (egg wash)
48 g mentega
10 -14 sosej cocktail
Parsli, untuk perhiasan
Method
- Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil dan bawang putih atas api sederhana. Tambahkan ayam dan gorengkan sehingga masak.
- Tambahkan saderi, lada Bengala, tomato dan puree tomato. Gaul sebati.
- Tambahkan kacang kidney, serbuk jintan putih, herba campur, emping cili, gula perang, lada dan garam.
- Matikan api sejurus bila campuran mula mendidih.
- Untuk menyediakan roll sosej, campurkan bersama tepung roti, tepung biasa, garam, gula dan yis di dalam mangkuk.
- Tambahkan susu, air dan 1 biji telur QL Omega. Gaul sebati.
- Tambahkan mentega dan adun dengan tangan sehingga adunan licin dan kental.
- Biarkannya untuk kembang selama 60 minit di dalam bilik yang suam.
- Bahagikan adunan kepada 3 biji bola dan gulingkan kepada bentuk segi empat tidak sama. Potongkan kepada bentuk segi tiga untuk membalut sosej cocktail.
- Susunkan sosej yang telah dibalut di dalam dulang pembakar yang dalam.
- Tuangkan sos cecahan cili di tengah dan taburkan keju ke atas sos.
- Sapukan telur QL Omega yang telah dipukul ke atas permukaan adunan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 20 – 25 minit atau sehingga adunan perang keemasan dan keju telah melebur.
- Hiaskan dengan sedikit parsli. Sajikan dengan serta-merta.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.