Roll Rangup Aneka Rasa
Recipe by
Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs
See ProductDetails
Roll Seaweed Rangup
Snek seaweed rangup ini memang senang ketagih! Pastikan anda membuat lebih banyak, tentunya tak terhenti-henti! Simpankannya di dalam bekas kedap udara dengan serta-merta sejurus selepas ianya menyejuk untuk memelihara kerangupannya yang segar.
Roll Rangup Bergula
Lapisan-lapisan kulit popiah digunakan untuk membentuk gulungan bagi menghasilkan snek rangup yang ringan dijamu ini. Selepas menggoreng, keringkannya dengan kertas paper towel untuk menbuangkan minyak yang berlebihan dan biarkannya menyejuk sedikit sebelum menaburkan gula. Simpankannya di dalam bekas kedap udara setelah ianya sedia.
Ingredients
Roll seaweed rangup
Roll Rangup Bergula
Method
- Roll seaweed rangup: Letakkan sehelai seaweed di atas sehelai Kulit Popiah Figo. Dari satu sisi, gulingkan seaweed dan kulit popiah bersama. Lekatkan sisi dengan memberus sedikit putih telur QL Deli Fresh dan tekan dengan ringan pada pinggirnya. Ulangi dengan baki helaian kulit popiah dan seaweed.
- Dengan menggunakan sepasang gunting, guntingkan gulungan sepanjang 2 cm
- Gorengkan gulungan seaweed atas api sederhana sehingga ianya keemasan. Biarkannya menyejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
- Roll Rangup Bergula: Gulungkan sehelai Kulit Popiah Figo, dan lekatkan sisinya dengan memberus sedikit putih telur QL Deli Fresh Fresh dan tekan dengan ringan pada pinggirnya. Ulangi dengan baki helaian kulit popiah.
- Dengan menggunakan sepasang gunting, guntingkan gulungan sepanjang 2 cm.
- Gorengkan gulungan atas api sederhana sehingga ianya keemasan. Biarkannya menyejuk sedikit dan lambungkannya dengan ringan bersama gula kastor. Simpan di dalam bekas kedap udara.