Putu Ayu
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Cupcake kelapa ini begitu gebu dan enak, memang susah untuk berhenti selepas sebiji. Paling enak dijamu suam atau bila baru siap masak dari steamer.
Pastikan anda menggunakan telur QL Omega untuk nutrisi dan kelazatan tambahan. Kaya dengan kandungan Omega 3-nya, telur-telur ini sempurna sekali bagi kek dan manisan (atau dinikmati begitu sahaja). Anda boleh mendapatkannya dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka di Malaysia.
Masa penyediaan20 minit
Masa memasak15 minit
Membuat25-29 biji
Ingredients
3 bijitelur QL Omega
300 g gula
300 g tepung biasa, diayak
300 ml santan pekat
100 ml jus pandan
300 g parutan kelapa
2 sudu besarkanji ubi kayu
1 sudu tehgaram
Method
- Pukulkan telur QL Omega dan gula dengan pemukul elektrik hingga gebu dan pekat.
- Tambahkan tepung, santan pekat dan jus pandan, dan pukul hingga sebati. Biarkan campuran yang siap buat seketika.
- Gabungkan parutan kelapa, kanji ubi kayu dan garam. Alaskan dasar cawan acuan dan tekan untuk memadatkannya sedikit. Tuangkan masuk campuran hingga penuh dan masukkan cawan acuan di dalam piring perebus (steamer).
- Didihkan air di dalam steamer. Masukkan piring steamer dengan cawan acuan dan rebus selama 15 minit.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.