Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Pizza Mumia QL Eggs

snack
western

Pizza Mumia QL Eggs

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Masa penyediaan2 jam
Masa memasak12 minit
Membuat15 - 20 pizza

Ingredients

Untuk adunan

1 cawanair
2 ¼ sudu tehyis kering aktiv
1 sudu tehgula
3 ½ cawantepung
1 ½ garam
3 sudu besarminyak zaitun
1 bijikuning telur QL Omega
1 bijitelur QL Omega untuk menyapu (egg wash)

Untuk sos dan topping

40 kepingpepperoni
40 g parutan keju cheddar
1 cawansos pizza
2 sudu tehherba campuran
4hirisan keju cheddar
2zaitun hitam tanpa biji
keju parut untuk menabur

Method

  1. Untuk menyediakan adunan pizza, sapukan minyak zaitun pada mangkuk yang besar dan ketepikan.
  2. Gabungkan air, yis dan gula di dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  3. Gabungkan tepung tolak 2 sudu besar tepung, dengan garam di dalam mangkuk yang besar yang disapu dengan minyak zaitun tadi. Tuangkan masuk campuran yis, minyak zaitun dan kuning telur QL Omega. Campurkan sampai adunan lembut terbentuk.
  4. Alihkan adunan kepada permukaan yang sedikit bertepung dan adunkan baki tepung sehingga adunan licin dan kenyal. Ia akan memakan masa lebih kurang 10 minit.
  5. Bentukkan adunan kepada bebola dan letakkan di dalam mangkuk. Tutup dengan rapat dan biarkan adunan naik dalam tahap suhu suam sehingga saiz adunan menjadi dua kali ganda. Keluarkan adunan dari mangkuk dan tumbukkannya untuk melepaskan udara dari adunan.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 dan ulikan sehingga ketebalan lebih kurang ½ cm. Kemudian, potong kepada bentuk bulat 3.5 inci dengan pemotong biskut. Ulangi dengan adunan rata yang kedua. Potongkan baki 2 adunan kepada hirisan nipis.
  7. Sapukan sediki sos pizza atas adunan yang bulat, letakkan 2 helai pepperoni dan taburkan sedikit keju parut atasnya.
  8. Susunkan hirisan nipis di atasnya untuk menyerupai mumia dan tekan dengan berhati-hati di sisi.
  9. Beruskan adunan dengan egg wash dan bakar di dalam ketuhar pada 200°C untuk 10 hingga 12 minit.
  10. Potongkan hirisan keju cheddar kepada bentuk mata dan letakkan cebisan zaitun yang kecil ke atasnya sebagai biji mata. Letakkan ke atas pizza seterus selepas ianya keluar dari ketuhar.