Oyakodon
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Ayam dan telur bergabung dengan sempurna dalam hidangan Nasi Mangkuk Jepun ini. Ianya hidangan yang enak lagi memuaskan tak kira bila-bila jua.
Masaklah Oyakodon ini untuk dinikmati sekeluarga.
Masa penyediaan10 minit
Masa memasak15 minit
Hidangan2
Ingredients
1paha ayam, dibuang tulang dan kulit dibiarkan
¼ sudu tehgaram
2 sudu tehminyak
1 bijibawang kuning bersaiz sederhana, dihiris nipis
½ cawanstok ayam
2 sudu tehkicap cair
2 sudu tehmadu
3 bijitelur QL Omega, asingkan 2 biji kuning telur untuk diguna pada akhirnya
1 cawanberas sushi, dimasak mengikut langkah pada bungkusannya
3 tangkaldaun bawang, dihiris nipis
Method
- Gosokkan paha ayam dengan garam.
- Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana dan gorengkan paha ayam pada sebelah kulit ayam sehingga perang keemasan. Kemudian, terbalikkan dan goreng sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Keluarkan ayam dari kuali, hiriskan dan biarkan seketika.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, timuskan bawang kuning atas api kecil sehingga layu, dan masukkan ayam semula.
- Tuangkan masuk stok ayam, kicap cair dan madu, dan biarkan campuran mendidih.
- Dalam mangkuk yang lain, pukulkan 1 biji telur QL Omega penuh bersama 2 biji putih telur QL Omega. Tambahkan campuran telur ke dalam stok yang mereneh dan biarkan mereneh lagi selama 2-3 minit.
- Bahagikan nasi, ayam dan sos kepada dua mangkuk.
- Letakkan sebiji kuning telur QL Omega ke atas setiap mangkuk dan hidangkan dengan serta merta.
Petua QL Chef:
Anda juga boleh menggunakan telur separa masak (dengan kuning telur yang lembut) untuk menggantikan QL Eggs yang mentah.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.