Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Hidangan yang tak asing-asing lagi bagi kami semua, sesuai dijamu bila-bila saja, di mana jua. Resipi nasi lemak klasik ini semestinya akan menambat hati anda!
Tanyalah mana-mana rakyat Malaysia mengenai hidangan kebangsaan, tak syak lagi ia semestinya Nasi Lemak. Ia adalah hidangan yang kita paling rindui selepas lama di luar Negara. Hidangan ini mudah tapi lazat, murah tapi memuaskan.
Resipi nasi lemak kami untuk bakul perkelahan memaparkan ramuan asas yang mudah didapati, termasuklah telur QL Omega yang mengandungi segala nutrisi dari telur tetapi hanya separuh kandungan kolestrolnya berbanding telur biasa. Tak kira jika anda membalut Nasi Lemak anda dengan daun pisang atau terus ke dalam bekas bekalan, ia akan memberi anda kepuasan yang tak terhingga.
Ingredients
Untuk nasi
Untuk sambal ikan bilis
Ramuan sampingan
Method
- Masukkan beras, halia, daun pandan, air, santan dan garam ke dalam periuk nasi, gaul seketika. Masakkan nasi seperti biasa, dan gebukan dengan garpu atau senduk setelah nasi masak. Kekalkan panas sehingga sedia untuk disaji. Anda juga boleh merebus nasi dalam periuk.
- Buangkan air rendaman cili kering, kisarkan dengan bawang merah kecil, bawang putih, belacan dan ½ cawan air sehingga halus. Biarkan seketika.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan pes sambal kisar selama 5 – 10 minit. Tambahkan hirisan bawang dan tumis selama 2 – 3 minit lagi. Tambahkan air asam jawa dan sedikit air (sehingga mendapat kepekatan yang diingini), diikuti dengan ikan bilis, gaul serata. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan tutupkan api. Sambal ini biasanya sedikit manis.
- Belah telur QL Omega rebus separuh.
- Gunakan mangkuk yang kecil untuk membentuk nasi. Letakkan nasi ke atas sehelai daun pisang yang mengalas surat khabar atau kertas lilin.
- Sudukan sedikit sambal ikan bilis ke atas nasi, tambahkan beberapa hiris timun, ½ telur QL Omega rebus, sedikit ikan bilis goreng dan kacang di tepi. Balutkan bungkusan nasi lemak.
- Untuk sajian yang mudah, bungkuskan nasi lemak di dalm bekas bekalan, atau di atas piring yang dialas dengan sehelai daun pisang jika dijamu di rumah.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.