Macaron Pandan dan Gula Melaka
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan60 minit
Masa memasak20 minit
Membuat18 macaron
Ingredients
Untuk Menyediakan Kulit Macaron (Ramuan A)
150 g badam kisar
150 g gula aising
55 g putih telur QL Omega
⅛ sudu tehemulco pandan
½ sudu tehparutan gula melaka
Untuk Menyediakan Kulit Macaron (Ramuan B)
150 g gula kastor
35 ml air
55 g putih telur QL Omega
Untuk Menyediakan Krim Gula Melaka dan Pandan
150 g mentega, dilembutkan
125 g gula
30 ml air
45 gkuning telur QL Omega
¼ sudu tehemulco pandan
1 sudu besarparutan gula melaka
Method
- Gaulkan badam kisar bersama gula aising dan ayakkan.
- Campurkan bersama ramuan A iaitu badam kisar, gula aising dan putih telur di dalam mangkuk untuk menghasilkan pes.
- Pukulkan putih telur QL Omega sehingga puncak lembut dicapai.
- Di dalam periuk yang kecil, larutkan gula dalam air dan panaskan sirap gula sehingga 120⁰C.
- Tuangkan sirap dengan perlahan ke dalam meringue dan pukul lagi hingga puncak yang tegar dicapai.
- Lipatkan masuk pes ke dalam meringue dengan perlahan sehingga sebati.
- Bahagikan campuran kepada dua dan tambahkan emulco pandan kepada setengah campuran dan gula Melaka ke dalam setengah satu lagi.
- Isikan 2 beg parchment yang dipasang dengan muncung bulat dan paipkan ke atas kertas parchment. Biarkannya untuk kulitnya mengeras (lebih kurang 30 minit).
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 130⁰C selama 15 minit.
- Biarkannya menyejuk.
- Untuk menyediakan Krim Gula Melaka and Pandan, gabungkan air dan gula di dalam periuk untuk menghasilkan sirap.
- Pukulkan kuning telur hingga ringan dan gebu, dan tambahkan ke dalam sirap secara beransuran dan teruskan memukul sehingga campuran ringan dan berkrim.
- Tambahkan mentega yang telah dilembutkan secara beransuran.
- Bahagikan butter cream kepada 2 bahagian. Tambahkan emulco pandan dan gula Melaka kepada bahagian yang berlainan.
- Masukkan ke dalam 2 beg memaip yang berlainan yang dipasangkan dengan muncung corak berbunga. Sejukkan di dalam peti sejuk.
- Untuk memasang, paipkan butter cream gula Melaka ke belah leper kulit macaron berperisa pandan dan tutupkan dengan kulit yang sama perisanya untuk menghasilkan sandwich.
- Paipkan butter cream pandan ke belah leper kulit macaron berperisa gula melaka dan tutupkan dengan kulit yang sama perisanya untuk menghasilkan sandwich.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.