Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kuih Seri Muka

breakfast & brunch
dessert
cake & pastries
malaysian

Kuih Seri Muka

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Jika anda sedang mencari resepi kuih nyonya yang lazat, tentunya tak boleh lari dari Seri Muka yang mudah, lazat lagi anggun ini. Lapisan atasnya berperisa pandan yang kaya, sempurna bila dipadankan dengan pulut yang lembut dan wangi, menjadikannya manisan yang sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Cubalah resepi Kuih Seri Muka ini dan kagumkan keluarga dan kawan-kawan anda!

Untuk resepi ini, kami telah menggunakan telur QL Omega. Ayam ternakan QL diberi makanan ternakan yang rendah lemak dan penuh dengan serat, menghasilkan telur-telur yang mengandungi kolestrol 50% lebih redndah berbanding telur biasa. Lebih-lebih lagi, rasanya sedap untuk dinikmati semua. Dapatkanlahnya dari pasaraya-pasaraya terkemuka berdekatan anda hari ini.

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak1 jam
MembuatDulang kek 8” (30-35 ketul)

Ingredients

Untuk Lapisan Bawah

300 g beras pulut
75 ml santan pekat
1 sudu tehgaram
5 helaidaun pandan, diikat simpul
1 helaidaun pisang

Untuk Pewarna Biru

3 sudu besarair panas
6 kuntumbunga telang

Untuk Lapisan Atas

260 ml jus perahan pandan segar (dari lebih kurang 30 helai daun pandan)
7 sudu besartepung ubi kayu, diayak
5 sudu besartepung biasa, diayak
220 ml santan pekat
3 bijitelur QL Omega
200 g gula
Secubit garam

Method

  1. Untuk menyediakan lapisan bawah, basuhkan beras pulut dan rendamkan dalam air untuk sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Gabungkan santan dan garam. Kacau sebati dan biarkan.
  3. Didihkan air di dalam perebus (steamer) dan rebuskan beras pulut atas api yang tinggi untuk 20 minit pertama, kemudian tambahkan campuran santan dengan perlahan dan kacau sebati. Rebus atas api yang tinggi untuk 10 minit lagi sehingga masak. Keluarkan dan gebukan nasi pulut.
  4. Alihkan ke dalam dalam acuan bulat 8” dan gunakan daun pisang untuk meratakan permukaan nasi serta memampatkannya.
  5. Sediakan pewarna biru dengan menambah 3 sudu besar air mendidih kepada bunga telang, Tunggu seketika lebih kurang seminit. Kemudian hancurkan bunga telang dengan tangan dan biarkan warna larut ke dalam air.
  6. Sudukan air pewarna biru secara rawak ke atas nasi. Rebus selama 10 minit lagi.
  7. Gabungkan jus pandan dengan tepung. Kacaukan dengan sebati telur QL Omega dengan santan dan gula sebelum dituang kepada campuran tepung. Kacau hingga sebati. Ayakkan campuran ke dalam periuk.
  8. Kacaukan campuran bila dipanaskan atas api yang rendah sehingga ia memekat. Kemudian, tuangkan ke atas nasi pulut. Rebuskan atas api yang panas selama 30 minit lagi hingga masak. Biarkannya menyejuk, sebelum memotong untuk disaji.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.