Gegulung Beras Vietnam
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan4 jam
Masa memasak30 minit
Hidangan2
Ingredients
Adunan
100 gtepung beras
18 gtepung ubi kayu
18 gkanji ubi kentang
290 gair
1 sudu besarminyak masak
1 bijitelur QL Omega
Inti
75 gdaging ayam kisar
30 gcendawan hitam, direndam dan dihiris nipis
20 gbawang merah kecil, dicincang
¼ sudu tehgaram
¼ sudu tehlada hitam
1 sudu tehminyak masak
Sos Cecahan
2 sudu besargula
3 sudu besarair suam
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau
1 sudu teh bawang putih, dicincang
1 sudu teh cili padi, dicincang
Ramuan Sampingan
20 gbawang merah kecil, digoreng
40 gtaugeh, dicelur
10 gdaun ketumbar, dicincang
Method
- Untuk menyediakan adunan, tambahkan tepung beras, tepung ubi kayu, kanji kentang, garam, minyak masak dan air bersama di dalam mangkuk. Biarkannya selama 4 jam.
- Untuk menyediakan inti, perapkan ayam dengan garam dan lada hitam. Gaul sebati dan biarkannya selama 10 minit.
- Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah sehingga keemasan. Tambahkan ayam dan cendawan hitam dan goreng sehingga masak. Ketepikan seketika.
- Untuk menyediakan sos cecahan, gaulkan semua ramuan bersama di dalam mangkuk.
- Setelah adunan rehat sepenuhnya, tambahkan telur QL Omega ke dalam campuran dan gaul sebati.
- Sapukan dulang dengan sedikit minyak masak. Panaskan kuali non-stick atas api sederhana dan sapukan dengan sedikit minyak masak juga.
- Setelah kuali panas, tuangkan sesenduk campuran ke dalamnya. Cendongkan kuali untuk menyalut dasar kuali dengan crepe yang bulat. Tutupkan penutup dan biarkan crepe masak selama 1 minit. Setelah crepe menjadi lutcahaya, keluarkan dari kuali. Ulangi langkah ini untuk baki campuran.
- Untuk memasang hidangan ini, tambahkan inti ke atas crepe dan gulungkannya. Potong gegulung kepada saiz yang mudah dimakan. Taburkan bawang goreng dan taugeh.
- Sajikan panas dengan sos cecahan.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.