Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Filamen Ikan dengan Bayam Rebus dan Sos Hollandaise

appetizer
western

Filamen Ikan dengan Bayam Rebus dan Sos Hollandaise

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Seperti kekapis yang lazat, Filamen Ikan QQ MUSHROOM boleh menghasilkan hidangan makanan laut yang enak. Filamen ikan berbentuk kekapis ini memang sesuai sebagai hidangan gourmet yang mewah. Dalam recipe ini, kami memadankannya dengan sos hollandaise homemade yang berkrim dan hanya memerlukan beberapa minit untuk menyediakannya. Bayam rebus memberikan setiap suap rasa yang menyegarkan. Hidangan ini sesuai sebagai pembuka dan adalah contoh yang baik, berapa mudahnya untuk menghasilkan hidangan ala restoran di rumah sendiri.

Filamen Ikan QQ MUSHROOM memang sedap lagi berkhasiat. Kapal-kapal QL mendapatkan hasil tangkapan dari laut setiap hari untuk qualiti yang terjamin.

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak20 minit
Hidangan4

Ingredients

12 ketulFilamen Ikan QQ MUSHROOM

Sos Hollandaise

1½ - 2 sudu besarjus lemon
1 sudu besarair
4kuning telur QL Omega
100 g mentega, dicairkan
Garam dan lada secukup rasa

Bayam Rebus

1 – 2 ikatbayam segar, dibasuh
2 ulasbawang putih, dicincang halus
2 bijibawang merah kecil, dicincang halus
20 gmentega
Air
Garam
Gula
Serbuk perencah ayam

Method

  1. Untuk sos hollandaise, masukkan jus lemon, air dan kuning telur QL Omega ke dalam mangkuk di atas double boiler.
  2. Isikan air setinggi 2 inci ke dalam mangkuk bawah double boiler. Pukulkan campuran sos atas air mendidih sehingga campuran memekat. Kemudian, tuangkan masuk mentega cair dengan perlahan dan teruskam memukul sehingga sos pekat dan licin.
  3. Matikan api, pukulkan masuk garam dan lada secukup rasa. Tambahkan sedikit lagi jus lemon jika suka.
  4. Untuk bayam rebus, rebuskan bayam, buangkan air rebusan dan alihkan bayam ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk untuk menghentikan pemasakannya.
  5. Dalam periuk, rebuskan bawang putih dan bawang merah dalam secawan air sehingga ianya lembut. Tambahkan serbuk perasa ayam, gula dan garam secukup rasa. Tambahkan mentega dan bayam. Masakkan bayam hanya secukupnya untuk ianya panas sepenuhnya.
  6. Untuk menyaji, kukuskan Filamen Ikan QQ MUSHROOM selama 5 minit atau sehingga ianya panas sepenuhnya.
  7. Letakkan seketul Filamen Ikan QQ MUSHROOM ke atas setimbun bayam.
  8. Sudukan sos hollandaise ke atas setiap ketul filament ikan dan hiaskan dengan lada hitam yang segar. Sajikan dengan serta-merta.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.