Crème Caramel Kopi Vietnam
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan5 minit
Masa memasak35 minit
Membuat14 – 16 biji
Ingredients
Caramel
140 g gula
70 ml air
10 ml jus limau
Kustard
4 bijitelur QL Omega
450 ml susu
2 gkopi hitam Vietnam segera + 50 ml air
1 sudu tehesen vanila
30 ggula
Method
- Untuk menyediakan kulit telur, gunakan tack puncture, buangkan bahagian atas telur QL Omega dan pusingkan tack untuk melonggarkannya. Keluarkan inti telur dan simpankan untuk campuran kustard nanti.
- Bilaskan kulit telur dengan air garam sebanyak tiga kali atau sehingga airnya jernih.
- Gunakan foil aluminium untuk membentuk sarang bagi bagi memegang kulit telur di dalam dulang muffin.
- Untuk menyediakan caramel, didihkan air dan gula di dalam periuk sos. Jangan kacau campuran itu. Kemudian, tambahkan jus limau dan masak sehingga perang keemasan gelap. Tuangkan caramel ke dalam kulit telur dengan pantas. Ketepikan seketika.
- Di dalam periuk sos yang berlainan, gabungkan susu dan gula. Dengan api sederhana, didihkannya sambil mengacaunya dari semasa ke semasa. Alihkan periuk sos dari api sebelum menambahkan esen vanila dan kopi. Gaul sebati.
- Di dalam mangkuk, pukulkan telur QL Omega. Kemudian, tuangkan masuk campuran susu panas dan teruskan memukul.
- Tapiskan campuran melalui penapis yang halus dan bahagikan kustard di antara kulit-kulit telur.
- Masukkan dulang muffin ke dalam dulang dengan water bath. Bakar pada ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 20-25 minit. Keluarkan dari ketuhar bila kustard telah tegar dan sedikit perang keemasan.
- Tutupkan dan biarkannya di dalam peti sejuk untuk menyejuk. Sajikan sejuk.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.