Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Brownies Coklat Gelap Badam & Pistachio

dessert
cake & pastries
western

Brownies Coklat Gelap Badam & Pistachio

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Brownies memang manisan kegemaran ramai tak kira bila-bila masa sahaja. Tak kira untuk jamuan potluck atau dinikmati di rumah sahaja, brownies adalah cara yang sempurna bagi menamatkan makan malam yang enak. Paling baiknya adalah ia boleh menjadi pilihan yang berkhasiat dengan bahan-bahan yang betul.

Apakah kandungannya? Penyelidikan menunjukkan bahawa coklat gelap mampu memulihkan flexibiliti arteri dan mengurangkan risiko arteri tersumbat. Tambahan itu, koko boleh membantu merendahkan kandungan kolestrol yang tidak sihat (LDL). Satu lagi ramuan penting untuk resepi yang sihat ini adala telur QL Omega yang mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding telur biasa dan kaya dengan Omega-3, bahan yang sesuai bagi jantung anda.

Masa penyediaan20 minit
Masa memasak35 - 40 minit
Membuat1 tin

Ingredients

150 gmentega tanpa garam
130 g gula pasir
110 ggula perang
½ sudu tehesen vanila
2 bijitelur QL Omega, dipukul
85 g tepung biasa
35 g serbuk koko
Secubit serbuk penaik
Secubit garam
25 g emping badam, dipanggang
35 g pistachio

Method

  1. Panaskan ketuhar kepada 180°C. Alaskan dasar dan tepi tin kek 7” x 7” dengan kertas parchment.
  2. Pukulkan bersama mentega cair dengan gula pasir dan perang.
  3. Tambahkan esen vanila dan telur QL Omega.
  4. Dalam mangkuk yang lain, ayakkan bersama tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.
  5. Lipatkan masuk ke dalam campuran mentega dan gaul sehingga sebati.
  6. Lipatkan masuk emping badam.
  7. Tuangkan campuran ke dalam tin kek dan taburkan pistachio ke atasnya.
  8. Bakar selama 35 hingga 40 minit atau sehingga masak. Biarkannya menyejuk sebelum memotong kepada segi empat untuk menyaji.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.