Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Biskut Cornflake Oren

cake & pastries
malaysian
asian
festivals

Biskut Cornflake Oren

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Perayaan Hari Raya takkan lengkap dengan biskut cornflakes yang enak ini. Versi kami bagi biskut yang popular ini ditambahkan dengan zest oren segar untuk rasa citrus yang menyegarkan dan serpihan badam untuk kerangupan tambahan. Kami juga telah menambahkan kismis, tetapi jika anda tidak menggemari kismis, tukarkanlah dengan cip coklat yang sedap!

Masa penyediaan15 minit
Masa memasak20 minit
Membuat18-22 biskut

Ingredients

100 g mentega
70 g gula
1 bijikuning telur QL Omega
120 g tepung biasa
60 g kismis
10 g zest oren
30 g serpihan badam
100 g cornflakes

Method

  1. Panaskan ketuhar pada 150⁰C.
  2. Krimkan mentega dan gula sehingga gebu dan tambahkan kuning telur QL Omega.
  3. Kemudian, tambahkan masuk tepung biasa dan gaul sebati.
  4. Kacaukan masuk zest oren, serpihan badam dan kismis. Biarkan adunan rehat selama 10 minit.
  5. Sudukan adunan dan salut dengan cornflakes hancur dan gulungkannya.
  6. Letakkan biskut ke atas tin biskut dan bakar selama 20 minit pada 150⁰C.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.