Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Quiche Berkulit Badam dengan Smoked Salmon dan Asparagus

mains
breakfast & brunch
snack
western

Quiche Berkulit Badam dengan Smoked Salmon dan Asparagus

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Jagailah jantung serta selera anda sekali dengan hidangan yang lazat lagi berkhasiat ini. Resepi quiche berkulit badam ini penuh dengan kombinasi rasa dan nutrisi dari salmon, dipadankan dengan kerangupan asparagus. Nikmatikanlahnya dengan kulit pastri badam segar yang enak. Kulit badam bukan sahaja memberi hidangan ini rasa kacang yang istimewa, malah mencantikkan lagi rupa hidangan ini.

Gunakan telur QL Omega untuk resepi quiche anda untuk menambahkan lagi kandungan nutrisinya. Telur QL Omega mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding dengan telur biasa, dan diperkaya dengan Omega-3 dan DHA. Bukan itu sahaja, ianya juga bebas dari pewarna tiruan dan rasanya enak sekali!

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak50 minit
Hidangan6-8

Ingredients

Untuk Kulit Pastri

100 g badam (dikisar)
160 g tepung biasa
145 g mentega (yang diperisa dengan garam)

Untuk Inti

100 g smoked salmon (dipotong dadu)
100 g asparagus (dipotong)
1 sudu besarherba dill segar (dicincang halus)
2 bijitelur QL Omega
92 g susu segar
75 gwhipping cream
½ sudu tehgaram
1 sudu tehlada hitam
30 g keju cheddar

Method

  1. Untuk kulit pastri, gabungkan semua bahan bersama untuk membentukkan adunannya. Biarkan adunan tersebut rehat selama 30 minit. Panaskan ketuhar kepada 180 C.
  2. Golekkan pastri di antara dua helai kertas kek. Pastri ini perlu digolek dengan ketebalan yang serata, serta dua inci lebih lebar dari lilitan piring pie bagi memastikan ia boleh meliputi sisi piring pie dengan elok.
  3. Sapukan sedikit mentega pada piring pie. Alihkan pastri dari kertas kek dan muatkan kepada piring pie. Pastikan dasar dan sisi piring diselaputi dengan lengkapnya, tanpa retakan sebelum dibakar. Gunakan garpu untuk menebuk dasar tart beberapa kali dengan ringan. Bakar di dalam ketuhar selama 12-15 minit. Biarkan di tepi seketika setelah siap.
  4. Untuk intinya, pukulkan bersama telur QL Omega, susu segar, whipping cream, dill, garam dan lada.
  5. Rebuskan (blanch) asparagus di dalam air mendidih selama 2 minit atau sehingga lembut. Campurkan bersama asparagus dan smoked salmon dan letakkan di dalam kulit tart.
  6. Tuangkan masuk campuran telur, taburkan sedikit keju cheddar dan bakar di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit atau sehingga bahagian tengah quiche telah masak.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.