Kuih Ketayap
Recipe by
Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs
See ProductDetails
Salah satu manisan kegemaran kami adalah Kuih Ketayap.
Crepe ala Malaysia ini berperisa jus pandan serta berisi dengan inti kelapa yang manis. Sememangnya snek manis yang enak dan sesuai tak kira bila-bila masa sahaja.
Masa penyediaan15 minit
Masa memasak1 jam
Membuatlebih kurang 30 keping
Ingredients
Untuk inti
80 g gula Melaka, dicincang
30 g gula
80 ml air
200 g parutan kelapa
6daun pandan
Untuk kulit
20 helaidaun pandan, (dikisar bersama air untuk mendapatkan 2 cawan jus pandan)
½ sudu tehgaram
3 bijitelur QL Deli Fresh, dipukul ringan
250 g tepung biasa, diayak
Method
- Untuk menyediakan inti, didihkan gula Melaka dan gula dalam air sehingga ia larut sepenuhnya. Tambahkan parutan kelapa dan daun pandan dan masak hingga ia agak kering. Biarkannya menyejuk pada tahap suhu bilik.
- Untuk menyediakan kulit, kisarkan daun pandan dengan air untuk menghasilkan 2 cawan jus pandan. Kacaukan masuk garam dan telur QL Deli Fresh.
- Tambahkan tepung dan gaul sehingga sebati. Ayakkan campuran ke dalam mangkuk.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tuangkan masuk 2 sudu besar campuran. Gerakkan kuali untuk menyebarkan campuran sehingga ianya nipis. Masak atas api kecil. Setelah siap, keluarkan dan biarkannya menyejuk.
- Untuk memasang, letakkan 2 sudu besar inti kepada setiap pankek dan gulungkan seperti spring roll. Kuih ketayap kini sedia untuk disaji.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.