Steamboat Ayam Berherba
Recipe by
Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs
See ProductDetails
Steamboat adalah hidangan yang sesuai untuk mana-mana jamuan perayaan CNY. Anda hanya perlu menyediakan seperiuk besar sup steamboat dan tambahkan apa-apa saja ramuan yang anda suka. Anda boleh memilih bebola ikan, cendawan, sayur-sayuran, ikan, daging, hirisan ayam dan makanan laut…pilihannya memang tak terbatas. Ahli keluarga anda tentu seronok berhimpun di meja makan dan menyenduk ramuan kegemaran mereka dari periuk hotpot, dan menikmatinya dengan sos dan bahan sampingan yang lain.
Jenama QL MUSHROOM dan Figo mempunyai pilihan produk yang sempurna bagi menyediakan resepi steamboat yang enak lagi berkhasiat. Dari bebola ikan tradisonal ke bebola udang karang, tofu makanan laut, malah bebola ikan ladu dan bebola ikan keladi, QL Foods menghasilkan pelbagai produk makanan laut yang lazat dan berkhasiat dan semestinya memberi anda pengalaman steamboat yang menyeronokkan lagi senang penyediaannya.
Resepi steamboat pertama kami (ayam berherba), dimasak dengan api yang rendah untuk beberapa jam, dan menggunakan ayam kampung dan herba ubatan Cina. Hasilnya adalah sup yang lazat dan beraroma harum dari herba.
Ingredients
Ramuan steamboat
Method
- Didihkan air di dalam periuk yang besar. Tambahkan ketulan ayam dan herba. Renehkan atas api yang rendah selama 1.5 – 2 jam.
- Tambahkan garam secukup rasa.
- Untuk menyaji, tuangkan sup ke periuk steamboat dan didhkan. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih lagi.
- Bila masak, sendukkan ramuan dengan senduk berlubang. Nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
- Tambahkan mi dan pecahkan masuk telur untuk terus masak di dalam sup yang mendidih.