Muffin Epal Oat Yogurt Greek
Recipe by
Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs
See ProductDetails
Muffin adalah hidangan yang sesuai bila-bila masa sahaja. Gebu dan rapuh dalam cara yang baik, inilah hidangan manisan yang tidak boleh dilepaskan.
Resepi muffin epal ini membawa kepada anda muffin yang penuh dengan keenakan epal dan kayu manis, dengan setiap mulut penuh dengan kerangupan streusel. Sumber proteinnya dari yogurt dan epal mengandungi kandungan vitamin dan mineral harian anda.
Masa penyediaan20 minit
Masa memasak20 - 25 minit
Membuat12 - 14 muffin
Ingredients
Topping Oat Streusel
45 g kacang walnut, dicincang
35 g oat rolled atau segera
30 g tepung biasa
45 g gula
30 g mentega
¼ sudu tehserbuk kayu manis
Adunan
210 g tepung biasa
95 g gula
10 g serbuk penaik
¼ sudu tehserbuk soda
¼ sudu tehserbuk kayu manis
¼ sudu tehgaram
2 bijitelur QL Deli Fresh, dipukul
240 g yogurt Greek (tanpa gula) semulajadi
60 g mentega cair
¼ sudu tehesen vanila
2 bijiepal sederhana atau 3 biji epal kecil
Method
- Sediakan topping oat dengan menggabungkan semua bahan-bahan sehingga ia sebati seperti crumble. Ketepikan seketika.
- Untuk menyediakan adunan, kupaskan kulit epal dan potongkan epal kepada kiub kecil.
- Ayakkan bahan-bahan kering bersama.
- Pukulkan bersama bahan-bahan basah sehingga sebati.
- Lipatkan masuk campuran kering kepada campuran basah, termasuk epal sekali.
- Lipatkan masuk campuran kering kepada campuran basah, termasuk epal sekali.
- Tambahkan topping oat ke atas muffin.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 190°C selama 20-25 minit atau hingga masak sepenuhnya bila diuji dengan kayu lidi.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.