Biskut Rendang Ayam
Recipe by
Made With QL Eggs

QL Omega Eggs
See ProductDetails
Masa penyediaan40 minit
Masa memasak20 minit
Membuat40 ketul
Ingredients
¼ cawanminyak
125 g mentega
50 g gula aising
250 g tepung biasa
1 bijitelur QL Omega
2 sudu besarpes rendang
1 bijiputih telur QL Omega
Serunding ayam/floss sebagai topping
Untuk Menghasilkan Pes Rendang
1 batangkayu manis
1 bijibunga lawang
3 bijibuah pelaga
1 sudu tehpes asam jawa + 1/4 cawan air suam
2 helaidaun limau purut
1 sudu besarkerisik
Gula dan garam secukup rasa
Untuk Menghasilkan Pes Rendang (Untuk Dikisar)
5 bijibawang merah kecil
1 incilengkuas
1 incihalia
½ incikunyit segar
2serai, bahagian putih
4 ulasbawang putih
10 tangkalcili kering, dipotong dan direndam dalam air suam untuk membuang biji
Method
- Kisarkan semua ramuan pes rending sehingga halus.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga selama 2 minit. Kemudian, tambahkan pes rendang kisar dan tumis hingga wangi. Tuangkan masuk jus asam jawa dan reneh sehingga ia kering sedikit.
- Masukkan daun limau purut, kesisik, gula dan garam. Kecilkan api dan reneh sehingg pes menjadi kering dah berwarna merah gelap. Ketepikan untuknya menyejuk.
- Krimkan mentega dan gula aising sehingga gebu. Kemudian, tambahkan telur QL Omega dan pes rendang. Gaul sebati. Lipatkan masuk tepung ke dalam campuran untuk membentuk adunan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Leperkan adunan sedikit dan potongkan adunan dengan pemotong biskut kepada bentuk yang dikehendaki. Hasilkan lekuk di tengah setiap biskut dengan menekan sedikit dengan ibu jari atau hujung yang bulat. Sapukan dengan putih telur.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C selama 20 minit. Ketepikan untuknya menyejuk. Letakkan serunding ayam/ floss ke atasnya sebelum menyaji.
Petua QL Chef:
- Untuk memendekkan masa penyediaan, pes rendang sediaguna boleh diguna sebagai gentian.
- Jika anda suka rasa rendang yang lebih kuat untuk biskut anda, and boleh tambahkan lagi dengan 1 sudu besar pes rendang.
Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.