Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Biskut White Chocolate Gingerbread

cake & pastries
western
festivals

Biskut White Chocolate Gingerbread

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Kini musim ho-ho telah tiba! Untuk menambahkan kemanisan dalam sambutan anda, inilah pencuci mulut dengan kelazatan di luar jangkaan anda. Biskut gingerbread coklat putih yang enak manis dan kelihatan kemas.

Rempah ratus dilengkapkan dengan rasa coklat putih cair-didalam-mulut yang enak; Apa yang lebih baik dari ini? Biskut gingerbread, coklat panas, mungkin sedikit hadiah dan musim cuti anda kini telah lengkap.

Masa penyediaan45 minit
Masa memasak15 minit
Membuat12- 15 keping

Ingredients

65 g mentega tanpa garam ( dipotong menjadi ketul)
75 g gula perang
1 sudu besarsirap kencana (golden syrup)
1 sudu besarsirap pekat hitam (black treacle)
½ sudu besarsusu
1 bijikuning telur QL Omega, dipukul
175 g tepung gandum
¼ sudu tehsoda bikarbonat
½ sudu tehserbuk halia
¼ sudu tehserbuk kayu manis
Secubit garam
200 g coklat putih masakan, dicairkan

Ising Royal

30 g putih telur QL Omega
180 g gula aising
Titisan pewarna merah dan hijau

Method

  1. Pukulkan mentega dan gula perang hingga berkrim.
  2. Campurkan masuk bahan basah : Sirap kencana, Sirap pekat hitam, susu dan kuning telur.
  3. Ayakkan tepung, soda bikarbonat, garam dan rempah
  4. Tambahkan masuk campuran tepung ke dalam ramuan basah, uli dengan perlahan sehingga menghasilkan adunan.
  5. Balutkan dan sejukkan selama 30 minit sebelum memotong dengan acuan biskut berdiameter 7cm.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 12-15 minit atau sehingga masak.
  7. Celupkan separuh dari biskut kedalam coklat putih yang dicairkan. Biarkan pada suhu bilik untuk ia mengeras. Sejukkan, kemudian hiasi dengan ising royal mengikut citarasa anda.
  8. Untuk menyediakan ising royal, pukulkan putih telur dan gula ising sedikit demi sedikit sehingga sesuai untuk dipaipkan. Anda mungkin tidak akan memerlukan semua gula ising. Tambahkan pewarna makanan kesukaan dan kacau sehingga sebati. Masukkan aising ke beg pastri dan paipkan mengikut kesukaan anda.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.