Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Puding Caramel

dessert
western

Puding Caramel

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Ada yang memanggilnya resepi kastard caramel. Kami lebih suka memanggilnya resepi puding caramel, seperti lebih sedap namanya. Ringan, gebu, selicin sutera dan sedap, ianya pencuci mulut untuk kalangan dewasa. Kesegaran telur adalah faktor yang paling penting untuk resepi puding caramel ini. Pilihlah telur yang sesuai, serta gunakan teknik yang betul, dan anda boleh menghasilkan manisan kastard yang setaraf di Perancis.

Seperti yang disebut di resepi kastard jagung manis terdahulu, telur mestilah diwajakan bila menyediakan pencuci mulut ini, untuk mengelakkan daripada menghasilkan kastard yang bergumpal. Proses yang sama diperlukan untuk resepi puding caramel ini. Anda boleh rujuk kepada langkah penwajaan telur di sini.

Banyak yang bertanya bagaimana untuk menyediakan caramel. Penghasilan caramel adalah proses yang sukar memandangkan ia mudah hangus. Tak hairan jika memerlukan beberapa kali cubaan sebelum berjaya menghasilkan caramel yang sempurna. Oleh demikian, anda haruslah berjaga-jaga semasa memasak caramel.

Jika anda menggunakan teknik yang betul, hasilnya adalah flan kastard yang kaya dan licin seperti sutera dengan selapis caramel yang lembut di atasnya. Semestinya ia akan menjadi kegemaran ramai, terutamanya untuk teman istimewa anda.

Masa penyediaan
Masa memasak30 - 40 minit
Membuat6 puding

Ingredients

Untuk caramel

160 g gula
6 sudu besarair
Mentega tanpa garam untuk menyalit mangkuk ramekins

Untuk kastard

4 bijitelur QL D'Fresh atau QL Omega
1 sudu tehesen vanila
30 g gula kastor
600 ml susu (lebih elok jika penuh cream/lemak)

Perkakasberus pastri, 6 mangkuk ramekins (150 ml)

Method

  1. Panaskan ketuhar kepada 150C. Panaskan mangkuk ramekins di dalam ketuhar.
  2. Pertama, sediakan caramel. Masukkan gula dan air di dalam sebuah periuk keluli tahan karat. Kacau dengan senduk kayu di atas api rendah sederhana sehingga gula larut sepenuhnya. Berhenti mengacau dan didihkan gula atas api rendah sehingga warna gula berubah menjadi perang.
  3. Matikan api dengan serta merta untuk mengelakkan caramel hangus. Kehangatan dari periuk akan meneruskan pemasakan caramel.
  4. Secepat yang mungkin, tuangkan caramel ke dalam mangkuk ramekins yang telah dipanaskan. Tinggalkan mangkuk ramekins di tahap suhu bilik untuk caramel mengeras. Sebaik sahaja caramel telah mengeras, salitkan tepi mangkuk ramekins dengan mentega.
  5. Untuk membuat kastard, pukul telur, esen vanilla dan gula sehingga sebati.
  6. Panaskan susu di dalam periuk atas api rendah sehingga hampir mendidih, it sepatutnya tidak terlalu panas. Matikan api dan masukkan campuran telur sedikit demi sedikit, sambil mengacaunya secara berterusan dengan pemukul dawai untuk menwajakan telur.
  7. Pukul dengan perlahan untuk mengelakkan daripada buih yang terlalu banyak, sehingga licin dan sebati. Kemudian, tapis campuran tersebut ke dalam sebuah jag pengukuran.
  8. Tuangkan campuran yang sedia ke dalam mangkuk ramekins yang diatur di atas tin membakar. Isikan air mendidih ke dalam tin membakar sehingga tingginya setengah daripada ketinggian mangkuk ramekins. Kolam air panas ini akan memasak kastard sehingga tekstur yang betul dicapai.
  9. Masak di dalam ketuhar pada tahap suhu 180 C, selama lebih kurang 20 – 30 minit atau sehingga kastard telah tegar tetapi masih goyah. Jangan masak kastard terlalu lama kerana ia akan pejal dan keras.
  10. Keluarkan tin membakar dari ketuhar dan biarkan mangkuk ramekins untuk menyejuk atas rak dawai. Selepas itu, masukkan mangkuk ramekins ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
  11. Untuk menghidangkannya, guna pisau kecil untuk melonggarkan bahagian tepi kastard. Guna pinggan hidangan untuk menutup bahagian atas mangkuk ramekins dan terbalikkan. Hidangkan dengan beri segar atau krim.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.