Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Kaya Puff

breakfast & brunch
cake & pastries
snack
malaysian
asian

Kaya Puff

Recipe by

Made With QL Eggs

QL Omega Eggs

See Product

Details

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak40 minit
Membuat6

Ingredients

Inti Kaya Homemade

3 bijitelur QL Omega
200 ml santan segar
200 g gula kastor
4 sudu besargula + sedikit air
2daun pandan, diikat

Untuk Adunan Air

70 gtepung roti
70 gtepung biasa
25 ggula
55 gshortening
70 mlair

Untuk Adunan Minyak

70 gtepung kek
35 gshortening
2 bijikuning telur QL Omega, dipukul untuk menyapu

Method

  1. Di dalam mangkuk, pukulkan bersama semua ramuan kecuali daun pandan, sehingga gula larut sepenuhnya.
  2. Tapiskan campuran telur ke dalam mangkuk yang tahan panas. Kemudian, tambahkan masuk daun pandan.
  3. Masakkan campuran telur dengan cara double boil atas api yang kecil. Kacau dengan perlahan sehingga campuran memekat. Ingat untuk mengacaunya secara berterusan.
  4. Di dalam kuali yang lain, tambahkan 4 sudu besar gula dengan air dan masa atas api yang kecil tanpa mengacaunya sehingga karamel keemasan terhasil. Jaga-jaga kerana karamel mudah terbakar.
  5. Tambahkan karamel ke dalam kaya dan gaul sebati.
  6. Setelah kaya menyejuk, simpankan di dalam balang dan simpan di dalam peti sejuk.
  7. Untuk menghasilkan adunan air, campurkan tepung, gula dan shortening di dalam mangkuk. Kemudian, tambahkan air dengan perlahan dan adunkan dengan perlahan untuk menghasilkan adunan. Balutkan adunan di dalam mangkuk dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  8. Untuk menghasilkan adunan minyak, campurkan tepung kek dan shortening bersama di dalam mangkuk dan adunkan untuk membentuk adunan.
  9. Kedua-dua adunan patut kenyal lagi dan senang diadun.
  10. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dengan sama rata.
  11. Balutkan setiap biji adunan minyak dengan adunan air. Bentukkan kepada bulat, leperkan dan gulungkan seperti bentuk Swiss roll mini. Ulangi dua kali.
  12. Gulingkan adunan kepada bentuk bujur sepanjang 6” dan selebar 4”.
  13. Letakkan kaya pada setengah satu belah adunan dan lipatkan belah satu lagi di atasnya.
  14. Cubitkan sisi adunan untuk menutup puff bersama.
  15. Letakkan kaya puff atas dulang membakar dan sapukan telur ke atas puff.
  16. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170°C selama 25 minit atau sehingga perang keemasan.

Petua QL Chef:

  • Untuk menyediakan puff mini, bahagikan adunan kepada 12 ketul.
  • Untuk menghasilkan kaya pandan, kisarkan 5 helai daun pandan dengan 50ml air dan tambahkan extract ke dalam campuran telur.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.