Steamboat Sup Daging Berlada
Recipe by
Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs
See ProductDetails
Paparan terakhir siri steamboat kami pada bulan perayaan ini adalah sup daging yang berlada lagi lazat untuk dijamu bersama Bebola Daging Lembu Figo kegemaran kami.
Sup daging ini tidak biasa ditemui di restoran steamboat, namum anda boleh menyediakannya dengan mudah hanya menggunakan beberapa ramuan sahaja.
Disediakan dengan tulang lembu, lobak merah, lobak putih (daikon), biji lada putih, bunga lawang dan garam, sup ini direneh atas api yang rendah selama 4 – 5 jam bagi mendapatkan rasa yang penuh dari tulang lembu. Hasilnya adalah sup lembu yang jernih, lazat dan berlada, di mana anda boleh menambahkan kepadanya hirisan daging (seperti lembu, kambing, ayam), cendawan segar dan sayur-sayuran kegemaran anda. Jika anda gemari sup yang lebih kaya rasanya, tambahkan kiub perasa ayam atau lembu untuk menambah rasanya.
Lobak merah dan putih menambahkan lagi rasa manis semulajadi kepada sup ini manakala bunga lawang memberikan aroma harum yang amat padan dengan rasa daging. Tambahan Bebola Daging Lembu Figo kepada sup 30 minit sebelum api dimatikan juga membantu untuk memperkayakan lagi rasa sup ini. Tekstur Bebola Daging Lembu Figo yang kenyal dan seronok dikunyah membuatkannya teman sejati kepada steamboat yang enak berlada ini.
Ingredients
Untuk sup
Bahan Steamboat
Method
- Masukkan tulang daging, lobak merah, lobak putih, biji lada putih dan hitam, bunga lawang dan air ke dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 3 jam.
- Tambahkan setengah paket Bebola Daging Lembu Figo dan kiub perasa ayam/daging (jika guna) dan biarkan mereneh selama sejam lagi. Tambahkan garam jika perlu.
- Untuk menyaji, tuangkan sup ke dalam periuk steamboat, belanga atau periuk besi/shabu-shabu dan didihkannya. Tambahkan baki Bebola Daging Lembu Figo dan bahan steamboat yang lain. Biarkan mendidih lagi. Jika anda tidak gemari hirisan daging yang terlampau masak, anda boleh menambahkannya kemudian.
- Bila masak, sendukkan ramuan dengan senduk berlubang. Nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
- Tambahkan mi dan pecahkan masuk telur untuk terus masak di dalam sup yang mendidih.