Steamboat Makanan Laut Asam Pedas
Recipe by
Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs
See ProductDetails
Paparan steamboat kami yang seterusnya adalah steamboat yang lazat lagi menyelerakan dengan sup yang berperisa asam pedas. Ianya semestinya memikat hati anda bila dijamu bersama produk-produk QL MUSHROOM.
Anda boleh memilih dari pilihan produk steamboat MUSHROOM yang pelbagai, tapi kami mengesyorkan Filamen Ikan QQ, Oborotsuki dan Bebola Ikan Putih yand diiringi dengan sayur-sayuran, cendawan dan makanan laut yang lain seperti udang, kerang dan ketam.
Steamboat makanan laut ini penuh dengan rasa asam dan pedas, dengan kepedasannya dari cili kering, cili boh, biji lada Szechuan, yang bergabung dengan kemasaman asam dari jus limau dan cuka. Sajikan steamboat makanan laut ini pada hari hujan yang sejuk atau di dalam bilik yang berhawa dingin. Ianya pasti menbangunkan selera anda!
Kami suka menggunakan periuk steamboat arang tradisional untuk menyajikannya, ia membuat pengalaman steamboat ini lebih asli dan istimewa!
Ingredients
Bahan-bahan steamboat
Method
- Tumiskan cili boh, halia dan bawang merah dengan minyak masak di dalam periuk sup sehingga harum. Masukkan air, tulang ayam, bawang putih, biji lada Szechuan dan cili kering. Didihkan bersama, dan tambahkan kiub perasa ayam, jika guna.
- Reneh atas api rendah selama 1.5 – 2 jam.
- Tuangkan masuk jus limau dan cuka. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
- Untuk menyaji, tuangkan sup ke dalam periuk steamboat dan biarkan mendidih. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih sekali lagi.
- Bila masak, sendukkan ramuan dengan senduk berlubang. Nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
- Tambahkan mi dan pecahkan masuk telur untuk terus masak di dalam sup yang mendidih.