Buy QL Eggs at major supermarkets now

Beli QL Eggs di pasar raya sekarang

Steamboat Labu Berharta Karun

mains
soups
asian
festivals

Steamboat Labu Berharta Karun

Recipe by

Made With QL Eggs

QL D'Fresh Eggs

See Product

Details

Sup rebusan untuk Steamboat Labu Berharta Karun ini hanya memerlukan 5 ramuan – labu, beras, air, garam dan lada. Jika anda lebih sukakan sup yang berperisa, bolehlah tambahkan juga kiub perasa sayuran atau ayam. Juga dikenali sebagai bubur labu, sup ini semakin popular di kalangan restoran-restoran steamboat. Akan tetapi, ia tidak setanding versi yang disediakan sendiri di rumah, lebih-lebih lagi jika anda megetahui betapa mudah dan lazat untuk menyediakannya.

Satu perkara yang anda perlu berjaga-jaga, di mana anda perlu sentiasa mengacaunya bila dimasak atas api yang rendah untuk mengelak dasarnya dari hangus. Jika ia menjadi terlalu pekat, tambahkan air untuk mencairkannya.

Kami telah memilih tiga produk Figo yang sesuai dihidangkan bersama sup steamboat ladu berharta karun lazat ini: Bebola Ikan Labu Figo, Bebola Ikan Taro (keladi) Figo dan Kek Ikan Sayuran Goreng Figo. Ketiga-tiga produk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan diperbuat daripada protein ikan yang berkualiti (surimi) dan cebisan sayur benar, membuatkan mereka teman yang sempurna bagi steamboat yang lazat dan berkhasiat ini. Nikmatilah tekstur yang kenyal dan seronok dikunyah dalam sup yang manis dan enak ini berserta dengan cendawan, daging, sayuran atau makanan laut kegemaran anda. Ianya semestinya pilihan steamboat yang tidak patut dilepasi!

Masa penyediaan30 minit
Masa memasak1.5 jam
Hidangan6-8

Ingredients

Untuk sup

1 bijilabu bersaiz sederhana (lebih kurang 100 – 150 g), dipotong kiub 2cm
100 gnasi, dicuci
5 lair
Garam dan lada secukup rasa
1 ketulkiub perasa sayuran atau ayam (terpulang)

Bahan steamboat

1 paketBebola Ikan Labu Figo (500g)
1 paketBebola Ikan Taro Figo (500g)
1 paketKek Ikan Sayuran Goreng Figo (500g)
300 g daging dada ayam, dihiris setebal 1cm
500 g udang bersaiz sederhana, dibersihkan
500 - 700 g sayur-sayuran pilihan anda, seperti kubis Cina, daun salad, bok choy, atau bayam
1 tincendawan butang, dibelah tengah
500 gcendawan segar pilihan anda, seperti Shiitake, Shimeji, Enoki atau Tiram
6 - 8 bijitelur QL Deli Fresh atau QL Omega
Mi pilihan anda

Method

  1. Didihkan air bersama beras di dalam periuk bersaiz sederhana, kemudian kecilkan api dan reneh selama 30 – 45 minit sehingga beras hancur seperti bubur.
  2. Tambahkan kiub labu dan kiub perasa jika guna, dan teruskan mereneh sehingga labu sebati dengan bubur. Kacau seketika setiap 5 – 10 minit untuk mengelakkan dasarnya dari hangus.
  3. Tambahkan garam dan lada secukup rasa. Tuangkan masuk lebih air jika sup menjadi terlalu pekat.
  4. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih sekali lagi.
  5. Bila masak, sendukkan ramuan dengan senduk berlubang. Nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
  6. Tambahkan mi dan pecahkan masuk telur untuk terus masak di dalam sup yang mendidih.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL D'Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.