BLOG
Mitos Telur & Kolesterol
Jangan biarkan ketakutan anda pada kolesterol menjauhkan anda daripada kebaikan telur. Kajian terbaru menunjukkan bahawa kolesterol telur tidak menjejaskan tahap kolesterol dalam badan dengan ketara. Sebaliknya, faktor utama yang menyumbang kepada tahap kolesterol badan adalah lemak tepu. Kebanyakan kolesterol dalam badan anda dibuat oleh hati anda, dan kajian menunjukkan bahawa jumlah kolesterol dalam diet anda tidak mempunyai kesan yang ketara ke atas kolesterol darah anda.
Kajian oleh ‘British Nutrition Foundation’ menunjukkan bahawa kolesterol diet dalam makanan seperti telur hanya mempunyai kesan yang kecil dan tidak signifikan secara klinikal terhadap kolesterol darah, terutamanya jika dibandingkan dengan kesan yang lebih besar daripada asid lemak tepu terhadap kolesterol darah. Kajian itu juga menunjukkan bahawa HDL-kolesterol (dikenali sebagai "kolesterol baik") meningkat dengan pengambilan telur yang mengimbangi kesan LDL-kolesterol (dikenali sebagai "kolesterol tidak baik"). Kebanyakan badan penasihat kesihatan dan jantung di UK dan Eropah tidak lagi menetapkan had bilangan telur yang perlu dimakan oleh orang ramai, dengan syarat ia dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang tidak mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Jika anda bimbang dengan kekerapan pengambilan telur dan kolesterol, tengah mempunyai paras kolesterol yang tinggi, atau sensitif terhadap paras kolesterol dalam makanan, anda boleh mengambil telur dalam kesederhanaan.
Mulakan hidup sihat dengan kemudahan dan kenilaian melalui telur. Dapatkan khasiat terbaik daripada QL Eggs berkualiti hari ini!
Note: Sila berunding dengan doktor anda untuk mendapakan informasi yang lebih terperinci mengenai diet yang terbaik untuk anda.